-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengetahui solat fardu dan bilangan rakaatnya)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertunjangkan tunjang tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang bertajuk ’ Mengetahui solat fardu danbilangan rakaatnya’.



Sebagaimana yang telah kita ketahui, solat merupakan  rukun Islam kedua yang wajib dikerjakan oleh setiap umat Islam di muka bumi ini. Solat merupakan ibadat yang amat penting yang perlu dilakukan oleh umat Islam. Oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting dalam memberi pendidikan agama terutamanya dalam aspek ibadat solat ini terhadap anak-anak kita. Hal ini demikian supaya anak-anak kita menjadi seorang anak yang soleh dan solehah serta berguna pada masa hadapan.
Kita sebagai guru/pendidik/pelajar praktikal dianggap sebagai ibu bapa kedua ketika mendidik kanak-kanak di sekolah. Oleh yang demikian, kita perlulah mendidik mereka dalam segenap aspek termasuklah aspek ibadat solat ini. Untuk peringkat permulaan, kita boleh mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai nama-nama solat fardhu agar mereka dapat mengetahui dan mengingatinya dengan baik.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertajuk ’Mengetahuisolat fardu dan bilangan rakaatnya’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Aktif

Tarikh                                    : 4/4/2019 (Khamis)

Masa                                       : 9 pagi hingga 10 pagi

Bil pelajar                              : 4 Orang

Tajuk                                      : Mengetahui solat fardu dan bilangan rakaatnya

Tunjang Utama                     : Kerohanian, Sikap dan Nilai

Fokus                                      : 3.0 Ibadah

Standard Kandungan           : PI 3.3 Mengetahui solat fardu

Standard Pembelajaran       : PI 3.3.1 Menyebut nama-nama solat fardu

Kesepaduan Tunjang           : PM 1.0 Kepercayaan kepada tuhan

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Menyebut lafaz niat solat Subuh serta bilangan rakaatnya yang telah diajarkan oleh guru dengan betul.
ii. Menyebut lafaz niat solat Zuhur dan Asar serta bilangan rakaatnya yang telah diajarkan oleh guru dengan betul.
iii. Menyebut lafaz niat solat Maghrib dan Isyak serta bilang rakaatnya yang telah diajarkan oleh guru dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui nama waktu solat

Bahan Bantu Mengajar        : Lembaran kerja, laptop, kertas mewarna dan kad imbasan

Kemahiran Berfikir (KB)    : Mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kepercayaan kepada Tuhan dan kerjasama

Fokus MI                               : Kecerdasan verbal-linguistik dan eksistensi



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Memberi dan menjawab salam





1. Murid bangun tanda hormat guru masuk ke kelas. ”Selamat pagi, cikgu”.
2. Guru memberi salam dan murid menjawabnya ”Assalamualaikum, semua murid” ”Waalaikumussalam, cikgu.”.
3. Semua murid membaca doa belajar, murid dipersilakan duduk.



PN
Kepercayaan kepada Tuhan

MI
Verbal-linguistik, eksistensi

Langkah 1
( 10  Minit)

Menyebut lafaz niat solat Subuh





1. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu ’Lima waktu solat’ bersama-sama.
2. Guru menyebut dan murid murid mengikut bacaan lafaz niat  solat.
3. Guru menyebut lafaz niat solat Subuh. ”Sahaja aku solat Subuh dua rakaat kerana Allah taala”.
4. Guru meminta murid-murid menyebut semula lafaz niat solat tersebut.

ABM
Laptop

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama

IM
Verbal-linguistik, eksistensi


Langkah 2
( 10   Minit)

Menyebut lafaz niat solat Zuhur dan Asar

1. Guru menyebut lafaz niat solat Zuhur. ”Sahaja aku solat Zuhur empat rakaat kerana Allah taala”.
2. Guru meminta murid-murid menyebut semula lafaz niat solat tersebut.
3. Guru menyebut lafaz niat solat Asar. ”Sahaja aku solat Asar empat rakaat kerana Allah taala”.
4. Guru meminta murid-murid menyebut semula lafaz niat solat tersebut.

ABM
Laptop

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama


Langkah 3
( 10   Minit)

Menyebut lafaz niat solat Maghrib dan Isyak








1. Guru menyebut lafaz niat solat Maghrib. ”Sahaja aku solat Maghrib tiga rakaat kerana Allah taala”.
2. Guru meminta murid-murid menyebut semula lafaz niat solat tersebut.
3. Guru menyebut lafaz niat solat Isyak. ”Sahaja aku solat Isyak tiga rakaat kerana Allah taala”.
4. Guru meminta murid-murid menyebut semula lafaz niat solat tersebut.
ABM
Laptop

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama

MI
Verbal-linguistik, eksistensi


Langkah 4
( 10   Minit)

Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai bilangan rakaat solat
1. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai nombor bilangan rakaat dalam solat iaitu 2, 3 dan 4.
2. Guru memanggil nama murid-murid secara rawak dan menyebut nama waktu solat secara rawak.
3. Guru menyebut waktu solat dan meminta murid-murid menunjukkan bilangan rakaat solat tersebut menggunakan kad imbasan yang telah disediakan.
ABM
Kad imbasan

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama

MI
Verbal-linguistik, eksistensi

Langkah 5
( 10   Minit)


1. Guru menyediakan lembaran kerja.
2. Guru meminta murid-murid menulis bilangan rakaat setiap solat fardu.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi
MI
Verbal-linguistik, eksistensi

Penutup
(   5 Minit)

Mewarna gambar orang menunaikan solat




1. Guru memberikan kertas mewarna kepada murid-murid yang mempunyai gambar orang menunaikan solat.
2. Guru meminta murid-murid mewarnakan gambar tersebut dengan baik.
3. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali tentang apa yang telah mereka pelajari.
ABM
Kertas mewarna
MI
Verbal-linguistik


Refleksi Guru            :

Kelebihan: Aktiviti meminta murid-murid menyebut semula lafaz solat merupakan aktiviti yang akan meningkatkan lagi ingatan murid-murid dalam mengingati sesuatu perkara. Hal ini juga menunjukkan bahawa perkembangan kognitif murid juga dapat ditingkatkan lagi melalui aktiviti sebegini.

Kelemahan: Segelintir murid-murid dilihat menunjukkan rasa bosan ketika guru meminta membacakan semula niat solat yang telah diajar. Hal ini mungkin disebabkan tiada alat bantu mengajar yang menarik digunakan dalam pembelajaran sebegini.

Penambahbaikan: Guru perlu menggunaakan alat bantu mengajar yang dapat meningkat perkembangan murid-murid dalam sesi pembelajaran.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Menyebut lafaz niat solat Subuh serta bilang rakaatnya  yang telah diajarkan oleh guru dengan betul
Item 2
Menyebut lafaz niat solat Zuhur dan Asar serta bilang rakaatnya yang telah diajarkan oleh guru dengan betul.
Item 3
Menyebut lafaz niat solat Maghrib dan Isyak serta bilang rakaatnya yang telah diajarkan oleh guru dengan betul
1.




* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 pada kali ini dapat memberi
manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengetahui solat fardu dan bilangan rakaatnya)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel