-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga).


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Kenali bentuksegiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’.


Pendedahan mengenai aspek bentuk di awal usia kanak-kanak sememangnya amat dititikberatkan kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengetahui serta memahami apa erti sebenarnya bentuk itu. Antara bentuk yang boleh diberi pendedahan kepada kanak-kanak di awal usia mereka adalah bentuk segiempat, bulat, segitiga dan bujur.
Namun, diantara bentuk-bentuk yang disebutkan sebentar tadi, ramai di antara kanak-kanak yang didapati mengalami kekeliruan dalam membezakan bentuk segiempat iaitu segiempat sama dan segiempat tepat. Hal ini mungkin disebabkan mereka hanya tahu menyebut sahaja nama bentuk itu tetapi tidak dapat membezakan dengan betul apabila melihat kedua-dua jenis bentuk tersebut.
Oleh yang demikian, disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 mengenai tajuk ’ Kenali bentuksegiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’ yang boleh dimanfaatkan oleh para guru/pendidik dan pelajar praktikal dalam mendidik kanak-kanak.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 21/5/2019 (Selasa)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                 : Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan                                                                  segitiga

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : MA 6.0 Bentuk Dan Ruang

Standard Kandungan           : MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk yang biasa                                                         dijumpai di persekitaran

Standard Pembelajaran       : MA 6.2.1 Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat                                                          tepat, segitiga dan bulatan

Kesepaduan Tunjang             : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

                                                i. Mengenalpasti bentuk segiempat sama, segiempat tepat,                                                    bulatan dan segitiga melalui cara menyebut nama bentuk yang                                                                guru tunjukkan di papan putih dengan betul.
                                                ii. Membentuk bentuk puzzle segiempat sama, segiempat tepat,                                                     bulatan dan segitiga dengan cara menyambungkan bahagian                                                     bentuk puzzle dengan betul.
                                                iii. Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat,                                                      bulatan dan segitiga dengan cara mewarnakan gambar bentuk                                                                yang terdapat pada lembaran kerja dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengecam bentuk bulatan

Bahan Bantu Mengajar        : Komputer riba, puzzle dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerajinan dan kejujuran

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik

Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Bersoal jawab dengan murid-murid

Contoh soalan:
1) Siapa kenal bentuk bulat?
2) Cuba kamu cari bentuk segitiga dalam kelas ini.
1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengetahuan mereka terhadap bentuk.
2. Guru meminta murid-murid mencari bentuk yang ada di dalam persekiran kelas mereka.
3. Guru menyatakan hasil pembelajaran hari ini.
ABM
Komputer riba

PN
Kejujuran

KBAT
Menganalisis

MI
Visual-ruang
Langkah 1
( 10  Minit)

Memberitahu bentuk-bentuk yang dilihat

Bentuk:
1) Segiempat sama
2) Segiempat tepat
3) Segitiga
4) Bulatan




1.Guru melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru memberitahu nama-nama bentuk tersebut kepada murid-murid.
3. Guru menunjukkan bentuk yang telah dilukis pada papan putih secara rawak lalu meminta murid-murid memberitahu nama bentuk tersebut.
4. Murid-murid memberitahu nama-nama bentuk yang guru tunjukkan.
KBAT
Menganalisis

MI
Visual-ruang, verbal-linguistik

Langkah 2
(  10  Minit)

Melengkapkan puzzle bentuk

Bentuk:
1) Segiempat sama
2) Segiempat tepat
3) Segitiga
4) Bulatan

1. Guru menyediakan puzzle yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru meminta murid-murid melengkapkan puzzle tersebut dengan meletakkan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga pada ruang yang betul.

ABM
Puzzle

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang
Langkah 3
(  10  Minit)

Mewarna bentuk robot






1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar robot yang terdiri dari pelbagai bentuk.
2. Guru meminta murid-murid mewarnakan bentuk itu dengan baik.

ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
Penutup
( 5   Minit)

Mengimbas kembali perkara yang dipelajari





1. Guru meminta murid-murid menunjukkan hasil kerja yang telah dilakukan.
2. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali tentang perkara yang telah dipelajari.
3. Guru meminta murid-murid memberitahu perasaan mereka setelah selesai mempelajari topik yang diajarkan.
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang, verbal-linguistik


Refleksi guru             :
Kelebihan: Aktiviti memadankan bentuk kepada ruang bentuk yang sepadan akan dapat meningkatkan kefahaman murid dalam mengecam bentuk-bentuk yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan perkembangan psikomotor halus murid semasa murid-murid memegang bentuk lalu memadankannya pada ruang bentuk tertentu yang sesuai.
Kelemahan: Segelintir murid didapati masih keliru dengan bentuk segi empat sama dan segi empat tepat.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam mengecam bentuk.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

MATEMATIK AWAL

MA 13
MA 6.2 Pengetahuan tentang bentuk
1
Boleh menamakan bentuk dua dimensi.


2
Boleh menamakan bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.


3
Boleh menghasilkan bentuk baharu dari gabungan bentuk tiga dimensi
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.
Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga melalui cara menyebut nama bentuk yang guru tunjukkan di papan putih dengan betul.
Item 2
Membentuk bentuk puzzle segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga dengan cara menyambungkan bahagian bentuk puzzle dengan betul.
Item 3
Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga dengan cara mewarnakan gambar bentuk yang terdapat pada lembaran kerja dengan betul.
* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga)."

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel