-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kolaj Pelangi)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Kolaj Pelangi’.



Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelangi merupakan salah satu fenomena alam yang terhasil apabila hujan sudah mulai reda. Ianya juga merupakan salah satu fenomena alam yang dapat memberi keindahan di mata manusia. Hal ini kerana, ketika pelangi itu muncul selepas hujan reda, kita akan dapat mendapati bahawa terdapat 7 lapisan warna iaitu:
1. Merah
2. Jingga
3. Kuning
4. Hijau
5. Biru
6. Indigo
7. Ungu
Oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa/guru/pendidik/pelajar praktikal perlu mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai pelangi serta yang paling penting supaya kanak-kanak dapat mengetahui jenis dan bilangan warna yang terdapat pada pelangi.
Sebenarnya terdapat pelbagai aktivti yang menarik untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman kanak-kanak terhadap warna-warna pelangi seperti aktiviti mewarna lukisan dan sebagainya. Namun, contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 pada kali ini menunjukkan contoh pelaksanaan aktivti kolaj untuk mendidik kanak-kanak untuk memahami mengenai warna pelangi.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (Kolaj Pelangi):

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 30/4/2019 (Selasa)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Kolaj pelangi

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.2 Mengelaskan objek

Standard Pembelajaran       : SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut                                         satu ciri:
                                                (i) warna
                                   
Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti warna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul.
ii. Menampal cebisan kertas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu pada corak pelangi secara bekerjasama dengan betul.
iii. Menandakan (/) pada objek yang mempunyai warna yang telah dinyatakan dalam lembaran kerja dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui warna asas

Bahan Bantu Mengajar        : Dadu berwarna, cebisan kertas warna, gam, gambar pelangi dan                                        lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kejujuran dan kerajinan

Fokus MI                               : Kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang




Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Bersoal jawab





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap warna.
2. Guru meminta murid memberitahu warna objek yang terdapat di dalam persekitaran kelas mereka.
3. Murid-murid memberitahu warna objek yang terdapat di dalam persekitaran kelas mereka.
PN
Kejujuran

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik

Langkah 1
(  5 Minit)

Memperkenalkan warna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu.





1. Guru menunjukkan dadu bewarna yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu.
2. Guru menjelaskan mengenai warna-warna tersebut kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid mengenalpasti dan menyebut warna tersebut.
4. Murid-murid menyebut warna-warna yang terdapat pada dadu tersebut.
ABM
Dadu berwarna

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik

Langkah 2
(  20  Minit)

Menampal cebisan kertas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu
1. Guru menyediakan gambar yang mempunyai corak pelangi dan cebisan kertas yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu .
2. Guru menunjukkan contoh melakukan aktiviti iaitu membaling dadu bewarna lalu melihat warna apakah yang terpapar.
3. Guru mengambil cebisan kertas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu itu kemudian menampal pada kertas yang mempunyai corak pelangi tadi.
4. Murid-murid membaling dadu berwarna kemudian menampal cebisan kertas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu itu tadi.
ABM
Gambar corak pelangi, cebisan kertas warna dan dadu berwarna

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang
Langkah 3
(  10  Minit)

Menandakan (/) pada objek yang mempunyai warna yang telah dinyatakan dalam soalan







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar pelbagai objek mengikut warna tertentu.
2. Guru meminta murid-murid menandakan (/) pada objek yang mempunyai warna yang telah dinyatakan dalam soalan.
3. Murid-murid menandakan (/) pada objek yang mempunyai warna yang telah dinyatakan dalam soalan
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
Penutup
(  5  Minit)

Imbas kembali





1. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.
2. Murid-murid memberitahu perkara yang telah dipelajari
KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik


Refleksi guru             :

Kelebihan: Penggunaan gambar yang mempunyai corak pelangi menyebabkan murid-murid lebih bersemangat untuk mengetahui apakah warna yang terdapat pada pelangi. Selain itu, aktiviti menampal cebisan kertas warna pada gambar pelangi secara tidak langsung akan meningkatkan perkembangan psikomotor halus murid-murid serta meningkatkan perkembangan kognitif murid dalam mengetahui warna-warna yang terdapat pada pelangi.
Kelemahan: Alat bantu mengajar yang digunakan tidak begitu kukuh untuk digunakan selalu.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan bahan yang berkualiti untuk menghasilkan alat bantu mengajar

KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 2
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
1
Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.


2
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.


3
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus..


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti warna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul
Item 2
Menampal cebisan kertas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu pada corak pelangi secara bekerjasama dengan betul
Item 3
Menandakan (/) pada objek yang mempunyai warna yang telah dinyatakan dalam lembaran kerja dengan betul
1.




* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Diharapkan semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 pada kali ini
dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kolaj Pelangi)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel