-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengenal bentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Mengenal bentuk bulat,bujur, segi tiga dan segi empat’.



Sebagaimana yang telah kita ketahui, di dunia yang kita huni ini, terdapat pelbagai jenis bentuk yang ada dalam kehidupan seharian kita. Kehadiran pelbagai jenis bentuk ini sememangnya dapat menarik perhatian manusia untuk melihat sesuatu perkara dengan sempurna.
Sebagai contohnya, kita dapat melihat tayar yang berbentuk bulat berpusing-pusing untuk menggerakkan kenderaan seperti basikal, kereta, motosikal dan sebagainya. Kita juga dapat melihat pemain rugby bermain sukan rugby menggunakan bola yang berbentuk bujur. Sesungguhnya, bentuk sesebuah objek amat memainkan peranan terhadap sesuatu perkara.
Oleh yang demikian, wajar kita sebagai pendidik/guru/pelajar praktikal mendidik kanak-kanak agar mereka dapat membezakan bentuk sesebuah objek dengan betul. Hal ini demikian supaya kanak-kanak akan dapat membezakan bentuk sesebuah objek apabila mereka dewasa kelak.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 ’ ’Mengenalbentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 5 Cerdas

Tarikh                                    : 25/4/2019 (Khamis)

Masa                                       : 9.00 a.m hingga 9.45 a.m

Bil pelajar                              : 12 Orang

Tajuk                                      : Mengenal bentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : Sa 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.2 Mengelaskan objek

Standard Pembelajaran       : SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut                                                            satu ciri:

(ii) bentuk

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

                                                i. Mengenal pasti bentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat                                             berdasarkan kad imbasan yang dilihat dengan betul.
                                                ii. Memadankan objek yang mempunyai bentuk yang sama                                                   dengan bentuk yang telah ditampal pada papan putih dengan                                               betul.
                                                iii. Menanda pangkah pada objek yang mempunyai bentuk                                                   yang berlainan dengan bentuk yang lain pada lembaran kerja                                                dengan betul.



Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengenal bentuk asas

Bahan Bantu Mengajar        : Kad imbasan dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerajinan dan kerjasama

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik




Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Melihat bentuk dalam persekitaran kelas





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka tentang bentuk dipersekitaran.
2. Guru meminta murid-murid menunjukkan bentuk-bentuk yang terdapat dalam persekitaran kelas.



PN
Kerajinan

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik, visual-ruang

Langkah 1
( 10  Minit)

Memperkenalkan bentuk bujur, bulat, segi tiga dan segi empat.






1. Guru menunjukkad kad imbasan yang mempunyai bentuk bujur, bulat, segi tiga dan segi empat.
2. Guru memberitahu nama bentuk-bentuk tersebut kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid mengenalpasti yang mana satukah bentuk bujur, bulat, segi tiga dan segi empat.

ABM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang

Langkah 2
(  10  Minit)

Memadan objek yang mempunyai bentuk yang sama
1. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai pelbagai gambar objek yang mempunyai pelbagai bentuk.
2. Guru meminta murid-murid untuk memadankan gambar objek yang mempunyai bentuk yang sama dengan kad imbasan yang terdapat pada papan putih.

ABM
Kad imbasan

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan, kerjasama

MI
Visual-ruang
Langkah 3
(  10  Minit)

Menganalisis perbezaan bentuk objek







1. Guru menyediakan lembaran kerja .
2. Guru meminta murid-murid menanda pangkah pada objek yang mempunyai bentuk yang berlainan dengan bentuk yang lain.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan

Penutup
( 10   Minit)

Bersoal jawab tentang perkara yang telah dipelajari





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai bentuk yang telah dipelajari.
KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik


Refleksi guru             :
Kelebihan: Gambar yang digunakan pada kad imbasan amat menarik minat murid-murid untuk mengetahui apakah aktiviti yang akan dilakukan selanjutnya. Selain itu, aktiviti yang meminta murid menampal objek mengikut bentuk sesuai juga dapat meningkatkan proses perkembangan psikomotor halus dan perkembangan kognitif murid-murid.
Kelemahan: Objek yang ditampal tidak dapat melekat dengan betul.
Penambahbaikan: Guru perlu meminta murid-murid supaya menggunakan gam dengan lebih banyak untuk menampalkan kad imbasan itu.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 2
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
1
Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.


2
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.


3
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus..


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM/KEMAHIRAN
Item 1
Mengenal pasti bentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat berdasarkan kad imbasan yang dilihat dengan betul
Item 2
Memadankan objek yang mempunyai bentuk yang sama dengan bentuk yang telah ditampal pada papan putih dengan betul
Item 3
Menanda pangkah pada objek yang mempunyai bentuk yang berlainan dengan bentuk yang lain pada lembaran kerja dengan betul
1.




* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 pada kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengenal bentuk bulat, bujur, segi tiga dan segi empat)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel