-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Perbandingan Objek)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’PerbandinganObjek’



Sebagaimana yang kita sedia maklum, kita secara secara sedar mahupun tidak sedar bahawa kita dikelilingi oleh pelbagai objek. Ada sesetengah objek itu mempunyai ciri-ciri yang sama dan ada juga yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contohnya, kita melihat dedaun yang berada di taman bunga itu berwarna hijau.
Sama sahaja dengan rumput yang berwarna hijau yang dapat kita lihat dimerata-rata tempat. Sebagai contohnya lagi, cuba kita pandang ke atas, kita nampak langit yang berwarna biru. Namun cuba kita melihat pantai ataupun air, sama sahaja ianya turut berwarna biru. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua item ini mempunyai ciri warna yang sama antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, hal yang sebagaimana yang telah dinyatakan sebentar tadi perlulah diperkenalkan kepada kanak-kanak yang semasa berada di awal usia mereka agar mereka dapat membuat perbandingan antara ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah objek dengan betul.
Berikut merupakan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertajuk ’Perbandingan Objek’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 5 Cerdas

Tarikh                                    : 23/4/2019 (Selasa)

Masa                                       : 11.30 a.m hingga 12.15 p.m

Bil pelajar                              : 12 Orang

Tajuk                                      : Perbandingan objek

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.2 Mengelaskan objek

Standard Pembelajaran   : SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut                                                  satu ciri:
                                                (i) warna
                                   
Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti warna kuning, merah dan ungu berdasarkan kad imbasan yang dilihat dengan betul.
ii. Menampal objek mengikut warna yang sama dengan warna peti sejuk dengan betul.
iii. Mengelaskan objek secara bekerjasama mengikut ciri warna yang sama pada lembaran kerja dengan betul.



Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui warna asas

Bahan Bantu Mengajar        : Kad imbasan dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kejujuran dan kerajinan

Fokus MI                               : Kecerdasan intrapersonal, verbal-linguistik dan visual-ruang





Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Bersoal jawab



1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengetahuan mereka mengenai warna.
2. Guru meminta murid mencari objek yang mempunyai warna kuning, merah dan ungu yang terdapat didalam kelas.



PN
Kejujuran

KBAT
Menganalisis

MI
Intrapersonal, visual-ruang
Langkah 1
( 10  Minit)

Memperkenalkan warna kuning, ungu dan merah




1. Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai warna kuning, merah dan ungu kepada murid-murid.
2. Guru menjelaskan kepada murid-murid mengenai warna-warna tersebut.
3. Guru meminta murid-murid mengenalpasti warna-warna tersebut.
ABM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis, mengaplikasi

MI
Verbal-linguistik, visual-ruang


Langkah 2
( 10   Minit)

Menampal objek mengikut warna yang betul.
1. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai objek yang berlainan warna.
2. Guru meminta murid-murid menampal objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna peti sejuk.
3. Guru meminta murid-murid memberitahu nama dan warna objek tersebut.

ABM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis, mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang, verbal-linguistik dan intrapersonal
Langkah 3
(   10 Minit)

Mengelaskan objek pada lembaran kerja





1. Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid mengelaskan objek-objek yang mempunyai warna yang berbeza dengan betul.

ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
Penutup
( 10   Minit)

Imbas kembali



1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid aktiviti yang telah dipelajati.
KBAT
Menganalisis


Refleksi guru             :

Kelebihan: Penggunaan kad imbasan yang mempunyai bentuk pelbagai buah-buahan menyebabkan murid-murid lebih tertarik untuk melakukan menampal objek yang mempunyai warna yang betul di papan putih. Ianya sekaligus dapat meningkatkan perkembangan murid dari segi perkembangan psikomotor halus murid-murid.
Kelemahan: Alat bantu mengajar yang digunakan tidak begitu kukuh untuk digunakan selalu.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan bahan yang berkualiti untuk menghasilkan alat bantu mengajar

KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 2
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
1
Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.


2
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.


3
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus..


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.
Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM/KEMAHIRAN
Item 1
Mengenalpasti warna kuning, merah dan ungu berdasarkan kad imbasan yang dilihat dengan betul
Item 2
Menampal objek mengikut warna yang sama dengan warna peti sejuk dengan betul
Item 3
Mengelaskan objek secara bekerjasama mengikut ciri warna yang sama pada lembaran kerja dengan betul
1.




* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 pada kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Perbandingan Objek)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel