Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Membuat bunyi haiwan)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bertunjangkan
tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Membuat bunyi haiwan’.
Tanpa
kita sedari dalam kehidupan kita ini, kita dikelilingi oleh pelbagai haiwan
mahupun serangga yang hidup berhampiran dengan diri kita ini. Seringkali juga
kita dapat menggunakan pancaindera pendengaran kita ini untuk mendengar secara
langsung ataupun secara tidak langsung pelbagai jenis bunyi haiwan yang
dihasilkan oleh setiap haiwan yang ada dalam kehidupan kita.
Sebagai
contoh, apabila kita pergi ke taman, kita dapat mendengar bunyi burung-burung
yang sedang bersiul dengan merdunya, bunyi lembu apabila kita ke ladang, bunyi
ayam berkokok pada waktu pagi, bunyi katak ketika waktu hendak hujan dan
sebagainya lagi.
Oleh
yang demikian, kita sebagai orang dewasa perlu memberi pendedahan kepada
kanak-kanak mengenai setiap bunyi haiwan yang terhasil agar mereka dapat
mengetahui setiap jenis haiwan dengan bunyi yang dapat dihasilkan oleh haiwan
tersebut.
Berikut
merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 ’Membuat bunyi haiwan’.
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Orked
Tarikh :
18/4/2019 (Khamis)
Masa : 10.15
a.m hingga 11.00 a.m
Bil
pelajar :
11 Orang
Tajuk
:
Membuat bunyi haiwan
Tunjang
Utama : Sains dan
Teknologi
Fokus : SA 3.0
Menyiasat Alam Hidupan
Standard
Kandungan :
SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Standard
Pembelajaran : SA 3.3.3 Mengecam
bunyi haiwan
Kesepaduan Tunjang : KE 1.1.2 Meniru
pelbagai bunyi di persekitaran
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti nama-nama haiwan yang terdapat pada kad imbasan dengan betul.
ii.
Mewarna topeng haiwan secara bekerjasama dengan menggunakan warna yang bebas
dengan baik.
iii.
Membuat bunyi haiwan berdasarkan topeng haiwan yang dipakai dengan baik.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengetahui nama-nama haiwan
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, kad
imbasan dan topeng haiwan
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi
Penerapan
Nilai :
Kerajinan dan kerjasama
Fokus
MI :
Kecerdasan muzik, naturalis dan visual-ruang
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Menunjukkan video Lagu Kanak Kanak | Bunyi Haiwan | Didi & Friends
https://www.youtube.com/watch?v=SzAK4ZBISZA
|
1. Guru menunjukkan video
bunyi haiwan kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menonton dan menyanyikan lagu pada video tersebut dengan penuh perhatian.
|
ABM
Komputer riba
MI
Muzik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Melihat gambar haiwan
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan mengenai gambar-gambar haiwan seperti kucing, singa, harimau, monyet,
burung dan lembu kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu nama haiwan-haiwan tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Naturalis, visual-ruang
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Mewarnakan topeng haiwan
|
1. Guru menyediakan topeng
gambar kucing, singa, harimau, monyet, burung dan lembu kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid mewarnakan
gambar haiwan tersebut.
|
ABM
Topeng haiwan
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Naturalis, visual-ruang
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Memakai topeng dan membunyikan haiwan
|
1. Guru meminta murid-murid
mengambil topeng yang telah siap diwarnakan.
2. Guru meminta murid-murid
memakai topeng tersebut.
3. Guru meminta murid-murid
membunyikan haiwan berdasarkan topeng yang dipakai.
|
ABM
Topeng haiwan
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerjasama
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Refleksi pembelajaran
|
1. Guru meminta murid-murid
menyusun topeng yang telah dipakai.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu tentang perkara yang dipelajari.
|
KBAT
Menganalisis
MI
Verbal-linguistik
|
Refleksi guru :
Kelebihan:
Murid-murid amat gembira melihat topeng yang berwajah haiwan ini. Selain itu,
aktiviti mewarna topeng haiwan ini juga dapat meningkatkan perkembangan proses
imaginasi murid-murid serta meningkatkan perkembangan kognitif murid-murid
dengan mengingati nama haiwan serta bunyi haiwan tersebut.
Kelemahan:
Topeng haiwan tersebut dilihat mudah terkoyak apabila murid-murid mewarnakan
topeng tersebut dengan kuat serta laju.
Penambahbaikan:
Topeng haiwan tersebut perlulah diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan
menarik agar murid-murid dapat menggunakan ABM tersebut pada waktu pembelajaran
yang akan datang.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
KREATIVITI DAN ESTETIKA
|
|||
KE 1
|
KE 1.1 Menyanyikan
lagu dari pelbagai repertoir
|
1
|
Boleh
menyanyikan lagu dengan bimbingan.
|
2
|
Boleh menyanyikan
lagu.
|
||
3
|
Boleh
menyanyikan lagu mengikut melodi dengan sebutan yang betul dan jelas.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenalpasti nama-nama haiwan yang terdapat pada kad
imbasan dengan betul.
|
Item 2
Mewarna topeng haiwan secara bekerjasama dengan
menggunakan warna yang bebas dengan baik
|
Item 3
Membuat bunyi haiwan berdasarkan topeng haiwan yang dipakai dengan
baik
|
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Membuat bunyi haiwan)"
Post a Comment