Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019
bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Kenali bentuksegiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’.
Di
dunia persekitaran ini sememangnya terdapat pelbagai jenis bentuk yang kita
dapat lihat didalam kehidupan seharian kita seperti bentuk bulat, segiempat,
segitiga, bujur dan sebagainya lagi. Dapat kita perhatikan juga sebenarnya
kewujudan kepelbagaian bentuk dalam kehidupan kita ini juga dapat memberi
manfaat kepada manusia yang hidup dimuka bumi ini seperti bentuk bulat
digunakan sebagai asas untuk mencipta sebuah bola sepak, bentuk segiempat
digunakan sebagai asas dalam membina sesebuah bangunan agar menjadi kukuh dan
sebagainya lagi.
Berdasarkan
contoh situasi di atas, jelaslah bahawa kewujudan bentuk-bentuk ini amat
memberi manfaat kepada para manusia yang ada di muka bumi itu. Oleh yang
demikian, wajarlah bahawa kita sebagai golongon dewasa perlu memperkenalkan
kehadiran bentuk-bentuk ini pada kanak-kanak di awal usia mereka lagi.
Bentuk-bentuk
asas yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak merujuk kepada Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah:
1.
Bentuk segiempat sama
2.
Bentuk segiempat tepat
3.Bentuk
segitiga
4.
Bentuk bulatan.
Berikut
merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertajuk ’Kenalibentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’.
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Orked
Tarikh :
18/4/2019
Masa : 9.30
a.m hingga 10.15 a.m
Bil
pelajar :
11 Orang
Tajuk
:
Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga
Tunjang
Utama : Sains dan
Teknologi
Fokus : MA 6.0
Bentuk Dan Ruang
Standard
Kandungan :
MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk yang biasa dijumpai di persekitaran
Standard
Pembelajaran : MA 6.2.1 Mengecam
bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan
bulatan
Kesepaduan Tunjang : FK 1.1.1 Menjalankan
pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti bentuk segiempat sama,
segiempat tepat, bulatan dan segitiga yang terdapat pada kad imbasan dengan
betul.
ii.
Melengkapkan puzzle dengan menyambungkan ruang bentuk segiempat sama, segiempat
tepat, bulatan dan segitiga pada tempat yang betul secara bekerjasama dengan
tepat.
iii.
Menyambungkan bentuk bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan
segitiga putus-putus pada lembaran kerja dengan betul.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengecam bentuk bulatan
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, puzzle
dan lembaran kerja
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi
Penerapan
Nilai :
Kerajinan dan kejujuran
Fokus
MI :
Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Menayangkan video pembelajaran bentuk
Bob, the Train | bob kereta api bentuk lagu untuk kanak-kanak |
pembelajaran bentuk
https://www.youtube.com/watch?v=3Xu3KZqKN7o&t=46s
|
1. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid tentang pengetahuan mereka terhadap bentuk.
2. Guru menunjukkan video
kenali bentuk kepada murid-murid.
|
ABM
Komputer riba
PN
Kejujuran
KBAT
Menganalisis
MI
Visual-ruang
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Memberitahu bentuk-bentuk yang dilihat
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan yang mempunyai gambar berbentuk segiempat sama, segiempat tepat,
segitiga dan bulatan.
2. Guru menjelaskan nama
bentuk-bentuk tersebut kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid
memberitahu bentuk-bentuk yang mereka lihat pada kad imbasan yang guru
tunjukkan.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
MI
Visual-ruang, verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Melengkapkan puzzle bentuk
|
1. Guru menyediakan puzzle
yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru meminta murid-murid
melengkapkan puzzle tersebut dengan meletakkan bentuk segiempat sama,
segiempat tepat, bulatan dan segitiga pada ruang yang betul.
|
ABM
Puzzle
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menyambung garisan putus-putus bentuk
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai bentuk putus-putus segiempat sama, segiempat tepat,
bulatan dan segitiga.
2. Guru meminta murid-murid
menyambung garisan putus-putus tersebut.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Mengimbas kembali perkara yang dipelajari
|
1. Guru meminta murid-murid
menunjukkan hasil kerja yang telah dilakukan.
2. Guru meminta murid-murid
mengimbas kembali tentang perkara yang telah dipelajari.
|
PN
Kerajinan
|
Refleksi guru :
Kelebihan:
Aktiviti melengkapkan bentuk puzzle dengan meletakkan bentuk-bentuk pada tempat
yang sesuai amat menarik minat murid-murid untuk cuba meletakkan bentuk yang
dipegang pada tempat yang betul. Selain itu aktiviti ini juga mengukuhkan
ingatan murid dalam mengingati warna. Hal ini kerana terdapat pelbagai warna
yang ada pada setiap bentuk yang diajar. Di samping itu, aktiviti ini juga
dapat meningkatkan perkembangan motor halus murid-murid.
Kelemahan:
Alat bantu mengajar ini tidak begitu kukuh untuk digunakan sepanjang masa. Hal
ini keranan alat bantu mengajar itu hanya diperbuat daripada kotak sahaja.
Penambahbaikan:
Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang kukuh untuk digunakan pada
murid sepanjang waktu pembelajaran pada masa yang akan datang.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
MATEMATIK AWAL
|
|||
MA 13
|
MA 6.2 Pengetahuan
tentang bentuk
|
1
|
Boleh
menamakan bentuk dua dimensi.
|
2
|
Boleh
menamakan bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
|
||
3
|
Boleh
menghasilkan bentuk baharu dari gabungan bentuk tiga dimensi
|
||
PERKEMBANGAN FIZIKAL
|
|||
FK 1
|
FK 1.1
Perkembangan Motor Halus
|
1
|
Boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.
|
2
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.
|
||
3
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih
kompleks.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenalpasti
bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga yang
terdapat pada kad imbasan dengan betul.
|
Item 2
Melengkapkan puzzle dengan menyambungkan ruang bentuk
segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga pada tempat yang betul
secara bekerjasama dengan tepat
|
Item 3
Menyambungkan bentuk bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan
dan segitiga putus-putus pada lembaran kerja dengan betul
|
||
1.
|
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian terkini 2019 pada kali ini dapat memberi
manfaat kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan)"
Post a Comment