-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Cari Pasangan Saya)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Cari Pasangan Saya’.




Tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) iaitu ’Cari Pasangan Saya ini’ berkenaan dengan mencari objek berpasangan yang sama. Kita semua sedia maklum bahawa sedar atau tidak sedar bahawa di persekitaran hidup kita ini terdapat suatu objek berpasangan yang sama. Antara objek ataupun item berpasangan sama yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian kita antaranya:
1. Kasut.
2. Stokin.
3. Selipar.
4. Anting-anting.
Anggota tubuh badan kita juga termasuk dalam kategori objek berpasangan antaranya:
1. Tangan.
2. Kaki.
3. Telinga.
4. Mata.
Oleh yang demikian, para guru/pendidik/pelajar praktikal perlu mendedahkan kepada murid-murid agar mereka tahu dan mengenali bahawa adanya objek berpasangan yang ada didalam kehidupan seharian mereka.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Prasekolah dan Tadika bertajuk ’Cari Pasangan Saya’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Orked

Tarikh                                    : 16/4/2019 (Selasa)

Masa                                       : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Cari pasangan saya

Tunjang Utama                     : Tunjang Sains dan Teknologi

Fokus                                      : MA 1.0 Pengalaman pranombor

Standard Kandungan           : MA 1.1 Memadankan objek

Standard Pembelajaran       : MA 1.1.1 Memadankan objek berpasangan yang sama

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i.    Mengenalpasti nama objek yang terdapat pada kad imbasan dengan betul
ii.   Menggunakan tali untuk memadankan objek berpasangan pada papan padanan dengan betul.
iii.  Memadankan objek berpasangan pada lembaran kerja dengan penuh semangat.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui nama objek

Bahan Bantu Mengajar        : Kad imbasan, lembaran kerja dan papan padanan

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menilai dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerjasama

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang


Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Memperkenalkan kad imbasan yang mempunyai gambar objek berpasangan.





1. Guru menyediakan kad imbasan kepada murid.
2. Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar stoking, kasut, selipar, telinga dan tangan kepada murid-murid.
ABM
Kad imbasan

PN
Kerjasama

KBAT
Menilai

MI
Visual-ruang
Langkah 1
(  10 Minit)

Mengenalpasti objek pada kad imbasan





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai kad imbasan yang murid-murid lihat.
2. Guru memberitahu murid-murid mengenai gambar kad imbasan tersebut.
3. Guru meminta murid-murid memberitahu apakah gambar pada kad imbasan tersebut.

ABM
Kad imbasan

KBAT
Mengaplikasi

MI
Visual-ruang


Langkah 2
(  10  Minit)

Memadan objek menggunakan tali
1. Guru menyediakan papan padanan yang mempunyai gambar objek berpasangan kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid menggunakan tali untuk memadankan objek berpasangan yang sama itu tadi.
ABM
Papan padanan

KBAT
 Mengaplikasi

PN
Kerjasama

MI
Visual-ruang

Langkah 3
( 10   Minit)

Memadankan objek berpasangan







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar objek-objek berpasangan.
2. Guru memberikan setiap lembaran kerja kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid memadankan objek berpasangan dengan dengan penuh semangat.

ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerjasama
MI
Visual-ruang


Penutup
(  5  Minit)

Menyebut semula nama objek





1. Guru meminta murid-murid menyebut nama objek berpasangan bersama-sama.
KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerjasama
MI
Visual-ruang


Refleksi guru             :
Kelebihan: Penggunaan papan padanan dapat meningkatkan perkembangan psikomotor murid-murid serta dapat meningkatkan daya fokus murid-murid terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Selain itu, alat bantu mengajar ini juga dapat meningkatkan daya pergerakan tangan-mata murid-murid dengan lebih berkesan.

Kelemahan: Objek padanan yang disediakan tidak mencukupi untuk murid-murid melakukan aktiviti tersebut seorang demi seorang. Hal ini menyebabkan murid-murid berebut-rebut untuk melakukan aktiviti ini dan suasana pembelajaran menjadi bising.

Penambahbaikan: Guru perlu menyediakan aktiviti yang membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti tersebut dengan keupayaan mereka sendiri



KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

MATEMATIK AWAL

MA 1
MA 1.1 Kemahiran memadankan objek
1
Boleh memadankan objek berpasangan yang sama.


2
Boleh memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan yang sama.


3
Boleh memadankan objek berdasarkan ciri-ciri tertentu.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran



Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti nama objek yang terdapat pada kad imbasan dengan betul
Item 2
Menggunakan tali untuk memadankan objek berpasangan pada papan padanan dengan betul
 Item 3 Memadankan objek berpasangan pada lembaran kerja dengan penuh semangat





* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid


Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Cari Pasangan Saya)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel