-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah-Tunjang Komunikasi (Mengenal huruf q dan r)

Tunjang Komunikasi merupakan salah satu tunjang utama yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau dikenali sebagai KSPK. Tunjang Komunikasi ini terdiri daripada 4 bahasa iaitu:


  1. Bahasa Melayu;
  2. Bahasa Inggeris;
  3. Bahasa Cina;
  4. Bahasa Tamil.



Disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini bertunjangkan Tunjang Komunikasi yang anda boleh gunakan dalam mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan anak-anak didik anda. Butirannya adalah seperti berikut mengenai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini:

Tajuk: Mengenal huruf q dan r.

Fokus: BM 2.0 Kemahiran membaca.

Standard kandungan: BM 2.2 Mengenal huruf abjad.

Standard pembelajaran: BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad.

Kesepaduan tunjang: FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                      : 1/5/2019 (Rabu)

Masa                                        : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar                                : 11 Orang

Tajuk                                       : Mengenal huruf q dan r

Tunjang Utama                       : Komunikasi

Fokus                                      : BM 2.0 Kemahiran Membaca

Standard Kandungan              : BM 2.2 Mengenal huruf abjad

Standard Pembelajaran           : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad

Kesepaduan Tunjang              : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran                  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti huruf q dan r yang telah guru tuliskan pada papan putih dengan betul.
ii. Menampal butang baju pada huruf q dan r yang dilekatkan pada papan putih secara bekerjasama dengan baik.
iii. Menyambung garisan titik-titik huruf q dan r pada lembaran kerja dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada          :  Menyebut abjad dalam bentuk nyanyian

Bahan Bantu Mengajar           : Kad imbasan, butang baju dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)        : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                       : Kerajinan dan kerjasama

Fokus MI                                : Kecerdasan muzik, kinestetik dan verbal-linguistik



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Menyanyikan lagu abc





1. Guru menunjukkan video lagu abc kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
3. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap huruf.
PN
Kerajinan

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik dan muzik
Langkah 1
( 10  Minit)

Memperkenalkan huruf q dan r





1. Guru menulis huruf q dan r pada papan putih.
2. Guru menyebut huruf-huruf tersebut lalu meminta murid-murid menyebut semula huruf tersebut.
3. Guru meminta murid-murid mengenalpasti huruf-huruf tersebut.

ABM

KBAT

PN


Langkah 2
( 10   Minit)

Melekatkan butang baju pada huruf q dan r
1. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai huruf q dan r lalu melekatkannya pada papan putih.
2. Guru menyediakan butang baju kepada murid-murid.
3. Guru menunjukkan contoh untuk menjalankan aktiviti tersebut iaitu menampal butang baju pada huruf q dan r agar membentuk huruf-huruf tersebut.
4. Guru memanggil murid-murid secara sukarela lalu meminta murid-murid menampal butang baju pada huruf q dan r yang tertampal pada papan putih.
ABM
Kad imbasan dan butang baju.

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerjasama

MI
Kinestetik dan verbal-linguistik
Langkah 3
(  10  Minit)

Menyambung titik-titik huruf q dan r







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai huruf q dan r.
2. Guru meminta murid-murid menyambung titik-titik pada huruf tersebut agar membentuk huruf q dan r.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
MI
Kinestetik dan verbal-linguistik
Penutup
( 5   Minit)

Imbas kembali





1. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.
MI
Verbal-linguistik

Refleksi guru   :            ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________
                                      ________________________________________________________



KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

BAHASA MELAYU

BM 3
BM 2.2 Mengecam dan menyebut abjad
1
Hanya boleh menyebut abjad.


2
Boleh mengecam dan menyebut sebahagian abjad .


3
Boleh mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti huruf q dan r yang telah guru tuliskan pada papan putih dengan betul
Item 2
Menampal butang baju pada huruf q dan r yang dilekatkan pada papan putih secara bekerjasama dengan baik.
Item 3.
Menyambung garisan titik-titik huruf q dan r pada lembaran kerja dengan betul
1.






* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga RPH terkini ini memberi bermanfaat untuk para guru, pelajar dan para pembaca sekalian.

Baca juga: Penulisan Rancangan Pengajaran (Harian/Aktiviti)











4 Responses to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah-Tunjang Komunikasi (Mengenal huruf q dan r)"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel