-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah-Tunjang Komunikasi (Mengenal bunyi di persekitaran)

Mengenal pasti bunyi di persekitaran merupakan salah satu standard pembelajaran yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada bahagian Tunjang Komunikasi iaitu BM 1.1.1 Mengenal pasti bunyi di persekitaran. 






Disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 mengenai RPH mengenal pasti bunyi di persekitaran yang boleh digunakan oleh para pendidik/guru prasekolah mahupun tadika, pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak gunakan semasa melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak didik.

Butiran RPH Mengenal pasti bunyi di persekitaran adalah seperti berikut:

Tunjang utama: Tunjang Komunikasi

Fokus: BM 1.0 Kemahiran mendengar dan bertutur

Standard kandungan: BM 1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap pelbagai bunyi di persekitaran

Standard Pembelajaran: BM1.1.1 Mengenal pasti pelbagai bunyi di persekitaran

Kesepaduan Tunjang: KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : 4 Dedikasi

Tarikh : 3/4/2019 (Rabu)

Masa : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar : Mengenal bunyi

Tajuk : Kenali bunyi di persekitaran

Tunjang Utama : Tunjang Komunikasi

Fokus : BM 1.0 Kemahiran mendengar dan bertutur

Standard Kandungan : BM 1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap pelbagai           bunyi di persekitaran

Standard Pembelajaran : BM1.1.1 Mengenal pasti pelbagai bunyi di persekitaran

Kesepaduan Tunjang : KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Menyusun puzzle haiwan berdasarkan bunyi haiwan yang didengari dengan betul.
ii. Menyebut bunyi kenderaan yang telah mereka dengari  dengan betul.
iii. Menceritakan perasaan mereka apabila mendengar sesuatu bunyi dengan yakin.


Pengetahuan Sedia Ada :  Dapat membezakan sumber sesuatu bunyi itu terhasil.
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba dan puzzle.

Kemahiran Berfikir (KB): Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai : Kerjasama dan keberanian

Fokus MI : Kecerdasan naturalis dan muzik





Masa/Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Memainkan video ’Jom mengenal bunyi di persekitaran’


1.Guru memainkan video ’Jom mengenal bunyi di persekitaran’
ABM
Komputer riba

MI
Naturalis
Langkah 1
( 10  Minit)

Memainkan rakaman bunyi haiwan. (Kucing, ayam dan burung).








1. Guru memainkan rakaman bunyi mengenai bunyi haiwan yang terdapat di persekitaran seperti kucing, ayam dan burung.

2. Guru menyediakan puzzle yang mempunyai gambar kucing, ayam dan burung.

3. Guru menanyakan kepada murid tentang bunyi apakah yang mereka dengari.
4. Guru meminta murid menyusun puzzle haiwan berdasarkan bunyi haiwan yang didengari dengan betul.

ABM
Komputer riba dan puzzle

KBAT
Menganalisis

PN
Kerjasama

MI
Muzik dan naturalis
Langkah 2
(  10  Minit)

Memainkan  rakaman bunyi kenderaan. (Motosikal, kereta dan kapal terbang).


1. Guru memainkan rakaman bunyi kenderaan seperti bunyi motosikal, kereta dan kapal terbang.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bunyi kenderaan yang didengari. 

3. Guru meminta murid-murid menyusun puzzle berdasarkan bunyi yang mereka dengar.
4. Guru meminta murid meneka bunyi kenderaan tersebut dengan betul.
ABM
Komputer riba

KBAT
Menganalisis

PN
Kerjasama

MI
Muzik dan naturalis
Langkah 3
(  10  Minit)

Memainkan rakaman bunyi guruh.








1. Guru memainkan rakaman bunyi alam seperti bunyi guruh.

2. Guru menanyakan apakah bunyi yang didengari.

3. Guru meminta murid menceritakan perasaan mereka apabila mendengar bunyi guruh.
ABM
Komputer riba

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Keberanian

MI
Naturalis
Penutup
(  5  Minit)

Soal jawab mengenai refleksi pembelajaran. 

1. Guru menanyakan kepada murid mengenai bunyi-bunyi yang telah mereka dengari.
KBAT
Menganalisis

PN
Kerjasama

Refleksi Guru

Kelebihan- Menunjukkan video pada set induksi dapat menarik minat murid pada awal pembelajaran. Murid-murid dilihat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembelajaran yang akan berlangsung.

Kelemahan- Segelintir murid-murid dilihat masih tidak dapat menyusun puzzle dengan baik walaupun guru telah menunjukkan gambar sebenar yang terdapat pada puzzle tersebut. Murid-murid masih memerlukan bimbingan untuk menjalankan aktiviti sebegini.

Penambahbaikan- Guru perlu menunjukkan gambar puzzle sebenar terlebih dahulu sebelum murid-murid ingin menyusun puzzle. Hal ini supaya mereka dapat mengingati gambar sebenar yang terdapat pada puzzle tersebut.

                       
KOD
KONSTRUK

 STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

 BAHASA MELAYU
BM 1
BM 1.1, 1.2 Kemahiran mendengar dan bertutur 
1
Boleh mendengar tetapi tidak memberi respons.



2
Boleh mendengar dan memberi respons.


3
Boleh mendengar, memahami dan memberi pelbagai respons dengan bertatasusila.
 KETERAMPILAN DIRI
KD 5
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
1
Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


2
Boleh berinteraksi dengan orang lain.


3
Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM/KEMAHIRAN

Item 1
 Menyusun puzzle haiwan berdasarkan bunyi haiwan yang didengari dengan betul 

Item 2 
Menyebut bunyi kenderaan yang mereka dengari dengan betul 
Item 3
 Menceritakan perasaan mereka apabila mendengar sesuatu bunyi dengan yakin 
1.



* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Lampiran


Para pendidik/guru prasekolah boleh menggunakan bunyi-bunyi yang senang didengari di kawasan persekitaran seperti 
1. Haiwan (Burung, ayam, katak)

2. Kenderaan (Motor, bas, lori).

3. Bunyi alam (Guruh, hujan).

Semoga bermanfaat untuk pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah-Tunjang Komunikasi (Mengenal bunyi di persekitaran)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel