Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Kenali huruf q,r,s,t)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah 2019 pada blog ini akan menunjukkan contoh RPH Prasekolah mengenali tajuk Mengenali Huruf abjad kecil q,r,s dan t. Mengenali abjad ini juga terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada bahagian Tunjang Komunikasi iaitu pada Standard Kandungannya (BM 2.2 Mengenal huruf abjad).
Abjad merupakan salah satu elemen penting yang harus diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari awal usia mereka. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka dalam menerapkan ilmu mengenai kepentingan mengenali abjad-abjad. Hal ini demikian untuk memudahkan anak-anak mereka menerapkan gaya pembacaan setelah umur anak-anak meningkat serta memudahkan kemahiran kanak-kanak untuk membaca segala jenis media pembacaan.
Berikut merupakan butiran mengenai contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah:
Tunjang utama: Komunikasi
Fokus: BM 2.0 Kemahiran membaca
Standard Kandungan: BM 2.2 Mengenal huruf abjad
Standard Pembelajaran: BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
Kesepaduan Tunjang: FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah
Abjad merupakan salah satu elemen penting yang harus diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari awal usia mereka. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka dalam menerapkan ilmu mengenai kepentingan mengenali abjad-abjad. Hal ini demikian untuk memudahkan anak-anak mereka menerapkan gaya pembacaan setelah umur anak-anak meningkat serta memudahkan kemahiran kanak-kanak untuk membaca segala jenis media pembacaan.
Berikut merupakan butiran mengenai contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah:
Tunjang utama: Komunikasi
Fokus: BM 2.0 Kemahiran membaca
Standard Kandungan: BM 2.2 Mengenal huruf abjad
Standard Pembelajaran: BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
Kesepaduan Tunjang: FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Dedikasi
Tarikh : 6/5/2019 (Isnin)
Masa :
9.30 a.m hingga 10.15 a.m
Bil pelajar :
11 Orang
Tajuk :
Kenali huruf q, r, s dan t
Tunjang Utama :
Komunikasi
Fokus :
BM 2.0 Kemahiran Membaca
Standard Kandungan : BM 2.2 Mengenal
huruf abjad
Standard Pembelajaran : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
Kesepaduan
Tunjang : FK 1.1.1
Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti huruf q, r, s dan t melalui melihat huruf-huruf yang telah guru
tuliskan dihadapan kelas dengan baik.
ii.
Mengetahui cara menulis huruf q, r, s dan t dengan cara menampal butang baju
pada huruf tersebut dengan betul.
iii.
Menulis huruf q, r, s dan t melalui aktiviti menyambung titik-titik agar
membentuk huruf yang lengkap dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Menyebut abjad
dalam bentuk nyanyian
Bahan Bantu Mengajar : Kertas, butang baju, gam dan lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir (KB) : Mengaplikasi dan
menganalisis
Penerapan Nilai :
Kejujuran, kerajinan dan kerjasama
Fokus MI :
Kecerdasan muzik, verbal-linguistik dan visual-ruang
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 Minit)
|
Menyanyikan lagu abc
|
1. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai pengetahuan mereka tentang abjad.
2. Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu abc bersama-sama.
3. Guru menyatakan hasil
pembelajaran pada hari ini.
|
PN
Kejujuran
KBAT
Mengaplikasi
MI
Verbal-linguistik dan muzik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Memperkenalkan huruf q, r, s dan t
|
1. Guru menulis huruf q, r,
s dan t di papan putih.
2. Guru menyebut huruf
tersebut satu per satu.
3. Guru meminta murid-murid menyebut
huruf tersebut satu per satu.
4. Guru menunjukkan huruf
tersebut secara rawak dan meminta murid-murid menyebut huruf tersebut.
|
PN
Kerajinan
KBAT
Menganalisis
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Mengetahui cara menulis huruf q, r, s dan t dengan menggunakan butang
baju
|
1. Guru menyediakan kertas
yang mempunyai huruf q, r, s dan t lalu menampalnya pada papan putih.
2. Guru menunjukkan
demonstrasi untuk melakukakan aktiviti ini iaitu mengambil beberapa biji
butang baju kemudian menampalnya pada huruf-huruf tersebut.
3. Guru meminta setiap orang
murid datang ke hadapan dan menampal butang baju itu pada huruf yang
dilekatkan pada papan putih.
4. Murid-murid menampal
butang baju pada huruf q, r, s dan t yang dilekatkan pada papan putih.
|
ABM
Kertas, butang baju dan gam
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan dan kerjasama
MI
Visual-ruang dan verbal-linguistk
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menyambung titik-titik huruf
Huruf: q, r, s dan t
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai huruf q, r, s dan t
2. Guru menunjukkan
cara-cara untuk menulis huruf-huruf tersebut.
3. Guru meminta murid-murid
menyambung titik-titik huruf tersebut.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Penutup
( 10 Minit)
|
Imbas kembali
Contoh soalan:
1) Seronok ke belajar hari ini?
|
1. Guru bertanya kepada
murid-murid mengenai perasaan mereka setelah mempelajari topik yang
diajarkan.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu perkara yang telah dipelajari.
|
MI
Verbal-linguistik
|
Refleksi guru :
Kelebihan: Aktiviti menampal
butang baju pada kad imbasan huruf dilihat dapat menarik minat murid-murid
untuk lebih mempelajari mengenai topik yang diajarkan. Selain itu, aktiviti
tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan murid dari segi
psikomotor halus serta meningkatkan perkembangan kognitif murid.
Kelemahan: Terdapat segelintir murid
tidak dapat menampal butang baju dengan betul pada kad imbasan huruf.
Penambahbaikan: Guru perlu
meminta murid-murid supaya menggunakan gam yang betul pada butang baju.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
BAHASA
MELAYU
|
|||
BM 3
|
BM 2.2 Mengecam dan menyebut abjad
|
1
|
Hanya boleh menyebut abjad.
|
2
|
Boleh mengecam dan menyebut sebahagian
abjad .
|
||
3
|
Boleh mengecam dan menyebut huruf besar
dan huruf kecil dengan betul.
|
||
PERKEMBANGAN
FIZIKAL
|
|||
FK 1
|
FK 1.1
Perkembangan Motor Halus
|
1
|
Boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.
|
2
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.
|
||
3
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih
kompleks.
|
Standard Prestasi / Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM / KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenalpasti huruf q, r, s dan t melalui melihat
huruf-huruf yang telah guru tuliskan dihadapan kelas dengan baik.
|
Item 2
Mengetahui cara menulis huruf q, r, s dan t dengan
cara menampal butang baju pada huruf tersebut dengan betul.
|
Item 3
Menulis huruf q, r, s dan t melalui aktiviti menyambung titik-titik
agar membentuk huruf yang lengkap dengan betul.
|
||
* Nyatakan
skala yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
Baca juga: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah-Tunjang Komunikasi (Mengenal bunyi di persekitaran)
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Kenali huruf q,r,s,t)"
Post a Comment