Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Kenali bentuk asas)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah dan Tadika 2019 kali ini akan
menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah dan Tadika 2019mengenai bentuk-bentuk asas. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan terdapat Standard Pembelajaran yang
berkisarkan tentang tajuk ini iaitu BM 2.1.1 Menyatakan lambang dan cetakan
yang membawa makna tertentu. Oleh yang demikian, para pendidik/cikgu tadika
mahupun prasekolah boleh memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenal
bentuk-bentuk asas melalui Standard Pembelajaran ini.
Bentuk-bentuk
asas yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak adalah:
1.
Segiempat sama
2.
Segiempat tepat
3.
Segitiga
4.
Bulat
5.
Bujur.
Para
pendidik/cikgu tadika mahupun prasekolah boleh memperkenalkan kepada
kanak-kanak mengenai rupa bentuk bagi bentuk-bentuk asas yang telah dinyatakan
seperti di atas tadi. Pelbagai kaedah ataupun alat bantu mengajar yang bagus
boleh digunakan untuk meningkatkan lagi pemahaman kanak-kanak mengenai tajuk
ini.
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas :
4 Dedikasi
Tarikh : 8/4/2019 (Isnin)
Masa :
9.30 am hingga 10.15 am
Bil pelajar :
11 Orang
Tajuk :
Kenali bentuk asas
Tunjang Utama :
Komunikasi
Fokus :
2.0 Kemahiran membaca
Standard Kandungan : BM 2.1 Menguasai
kemahiran prabaca
Standard Pembelajaran : BM 2.1.1 Menyatakan lambang dan cetakan yang membawa makna tertentu
Kesepaduan
Tunjang : MA 6.2.1 Mengecam
bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat:-
i.
Memberitahu semula nama bentuk-bentuk yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
ii.
Melukis bentuk-bentuk berdasarkan gambar yang telah guru lukiskan di hadapan
kelas dengan betul.
iii.
Mewarnakan gambar yang terdapat pada lembaran kerja dengan penuh semangat.
Pengetahuan Sedia Ada : Mengenal bentuk
asas
Bahan
Bantu Mengajar : Lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir (KB) : Menganalisis dan
mengaplikasi
Penerapan Nilai :
Kerjasama, keberanian dan kerajianan
Fokus MI :
Kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Melihat bentuk yang berada di dalam persekitaran kelas
|
1. Guru meminta murid-murid
melihat bentuk yang berada di dalam persekitaran kelas.
2. Guru meminta murid-murid
menunjukkan bentuk yang mereka jumpai didalam kelas.
|
PN
Kerjasama
KBAT
Menganalisis
MI
Visual-ruang
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Memperkenalkan nama dan bentuk
|
1. Guru melukiskan
bentuk-bentuk segitiga, bulatan, segi empat sama dan segi empat tepat di
papan putih.
2. Guru menjelaskan nama dan
maksud bentuk-bentuk tersebut.
3. Guru meminta murid-murid
menyebut semula nama bentuk-bentuk tersebut dengan betul.
|
KBAT
Menganalisis
PN
Keberanian
MI
Visual-ruang,
verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Melengkapkan bentuk
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai gambar surih berbentuk segiempat tepat, segiempat sama,
segitiga dan bulatan.
2. Guru menunjukkan contoh
membuat bentuk berbentuk segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan
bulatan di hadapan kelas.
3. Guru meminta setiap orang
murid melengkapkan bentuk itu dengan menggunakan pencil dengan betul.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Mewarna bentuk robot
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai gambar robot yang terdiri dari pelbagai bentuk.
2. Guru meminta murid-murid
mewarnakan bentuk itu dengan baik.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Imbas kembali bentuk yang dipelajari
|
1. Guru meminta murid-murid
memberitahu semula bentuk-bentuk yang telah dipelajari.
|
KBAT
Menganalisis
PN
Kerjasama
|
Refleksi Guru :
Kelebihan: Dapat menarik minat murid terutamanya
semasa menjalankan langkah 3 iaitu mewarnakan bentuk yang terdapat pada
lembaran kerja yang mempunyai bentuk robot. Selain itu, untuk langkah kedua,
murid-murid dilihat dapat melukiskan keempat-empat bentuk di ajar dengan baik.
Hal ini demikian kerana murid-murid hanya perlu menyambungkan sahaja titik pada
setiap bentuk yang terdapat pada lembaran kerja tersebut.
Kelemahan : Semasa memberikan lembaran kerja
kepada murid-murid pada langkah ketiga, murid-murid telahpun mewarna bentuk
tersebut terlebih dahulu sebelum mendengar arahan daripada guru. Hal ini
menyebabkan guru tidak dapat menjalankan pengajaran dengan baik.
Penambahbaikan: Guru perlu memberikan arahan
yang jelas kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar
murid-murid dapat belajar dalam suasana yang terancang dan harmoni.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
MATEMATIK
AWAL
|
|||
MA 13
|
MA
6.2 Pengetahuan tentang bentuk
|
1
|
Boleh
menamakan bentuk dua dimensi.
|
2
|
Boleh
menamakan bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
|
||
3
|
Boleh
menghasilkan bentuk baharu dari gabungan bentuk tiga dimensi
|
Standard Prestasi / Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM / KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Memberitahu
semula nama bentuk-bentuk yang telah guru tunjukkan di hadapan kelas dengan
betul.
|
Item 2
Melukis
bentuk-bentuk berdasarkan gambar yang telah guru lukiskan di hadapan kelas
dengan betul.
|
Item 3
Mewarnakan
gambar yang terdapat pada lembaran kerja dengan penuh semangat.
|
||
1.
|
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
Baca juga: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (kenali huruf q,r,s,t)
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Kenali bentuk asas)"
Post a Comment