-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (kenali huruf u,v,w,x)


Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 kali ini menunjukkan contoh untuk para pendidik atau guru di prasekolah mahupun tadika dalam membina Rancangan Pengajaran Harian mengenai tajuk kenali abjad. Kali ini blog ini akan menunjukkan cara melakukan Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah lengkap mengenai tajuk kenali huruf u,v,w dan x.


Sebagaimana yang telah sedia maklum, abjad merupakan salah satu perkara yang wajib diperkenalkan kepada kanak-kanak di usia awal mereka lagi. Hal ini demikian kerana, abjad memainkan peranan penting terhadap diri setiap orang kanak-kanak ini untuk mereka melakukan aktiviti pembacaan seperti membaca buku cerita dan sebagainya lagi.
Oleh yang demikian, para pendidik mahupun guru di prasekolah dan tadika perlulah memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan kanak-kanak sewaktu mereka berada di prasekolah mahupun tadika.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                      : 8/5/2019 (Rabu)

Masa                                        : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar                                : 11 Orang

Tajuk                                       : Kenali huruf u, v, w dan x

Tunjang Utama                       : Komunikasi

Fokus                                      : BM 2.0 Kemahiran Membaca

Standard Kandungan              : BM 2.2 Mengenal huruf abjad

Standard Pembelajaran           : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad

Kesepaduan Tunjang              : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran                  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti huruf u, v, w dan x dengan cara menyebut huruf u, v, w dan x yang guru tunjukkan pada papan putih secara rawak dengan betul.
ii. Mengecam huruf u, v, w dan x dengan cara menampal pelekat berbentuk buah pada gambar pokok berdasarkan huruf yang dikehendaki dengan betul.
iii. Menulis huruf u, v, w dan x melalui cara menyambung garisan putus-putus untuk membentuk huruf u, v, w dan x pada lembaran kerja dengan betul.



Pengetahuan Sedia Ada          :  Menyebut abjad dalam bentuk nyanyian

Bahan Bantu Mengajar           : Gambar pokok, pelekat, lembaran kerja dan gam

Kemahiran Berfikir (KB)        : Mengaplikasi dan menganalisis

Penerapan Nilai                       : Kejujuran, kerajinan dan kerjasama

Fokus MI                                : Kecerdasan muzik, verbal-linguistik dan visual-ruang




Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Menyanyikan lagu abc





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka tentang abjad.
2. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu abc bersama-sama.
3. Guru menyatakan hasil pembelajaran pada hari ini.
PN
Kejujuran

KBAT
Mengaplikasi

MI
Verbal-linguistik dan muzik
Langkah 1
( 10  Minit)

Memperkenalkan huruf u, v, w dan x






1. Guru menulis huruf u, v, w dan x
di papan putih.
2. Guru menyebut huruf tersebut satu per satu.
3. Guru meminta murid-murid menyebut huruf tersebut satu per satu.
4. Guru menunjukkan huruf tersebut secara rawak dan meminta murid-murid menyebut huruf tersebut.
5. Murid-murid menyebut huruf-huruf yang guru tunjukkan secara rawak dengan betul.
PN
Kerajinan

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik

Langkah 2
(  10  Minit)

Menampal pelekat pada huruf u, v, w dan x
1. Guru menyediakan gambar pokok yang mengandungi huruf u, v, w dan x.
2. Guru menyediakan pelekat berbentuk bulat kepada murid-murid.
3. Guru menulis huruf u, v, w dan x pada papan putih lalu meminta murid-murid menampal pelekat bulat pada huruf yang guru nyatakan.
4. Murid-murid menampal pelekat berbentuk bulat pada huruf yang terdapat pada gambar pokok berdasarkan huruf yang guru nyatakan di papan putih.


ABM
Gambar pokok, pelekat dan gam

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan dan kerjasama

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistk
Langkah 3
( 10   Minit)

Menyambung titik-titik huruf

Huruf: u, v, w dan x






1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai huruf u, v, w dan x
2. Guru menunjukkan cara-cara untuk menulis huruf-huruf tersebut.
3. Guru meminta murid-murid menyambung titik-titik huruf tersebut.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
Penutup
( 10   Minit)

Imbas kembali

Contoh soalan:
1) Seronok ke belajar hari ini?





1. Guru bertanya kepada murid-murid mengenai perasaan mereka setelah mempelajari topik yang diajarkan.
2. Guru meminta murid-murid memberitahu perkara yang telah dipelajari.
MI
Verbal-linguistik

Refleksi guru   :
Kelebihan:

Kelemahan:

Penambahbaikan:












KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

BAHASA MELAYU

BM 3
BM 2.2 Mengecam dan menyebut abjad
1
Hanya boleh menyebut abjad.


2
Boleh mengecam dan menyebut sebahagian abjad .


3
Boleh mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti huruf u, v, w dan x dengan cara menyebut huruf u, v, w dan x yang guru tunjukkan pada papan putih secara rawak dengan betul.
Item 2
Mengecam huruf u, v, w dan x dengan cara menampal pelekat berbentuk buah pada gambar pokok berdasarkan huruf yang dikehendaki dengan betul.
Item 3
Menulis huruf u, v, w dan x melalui cara menyambung garisan putus-putus untuk membentuk huruf u, v, w dan x pada lembaran kerja dengan betul.
1.



* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian kali ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.




0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (kenali huruf u,v,w,x)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel