-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Ulangkaji a hingga z)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika kali ini akan menunjukkan contoh penulisan Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini mengenaitajuk ’ulangkaji huruf a hingga z’.

Tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian ini iaitu ’ulangkaji huruf a hingga z’ ini sebenarnya satu aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan oleh para pendidik/guru prasekolah mahupun tadika setelah selesai memperkenalkan ke semua abjad a sampai z ini kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, aktiviti Rancangan Pengajaran Harian ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman kanak-kanak mengenai huruf a hingga z ini.
Pelbagai jenis kaedah dan alat bantu mengajar yang boleh pendidik/guru gunakan bagi menjalankan aktiviti ulangkaji huruf a hingga z ini. Disini, saya telah menyediakan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika mengenai tajukulangkaji huruf a hingga z.
Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                      : 8 Mei 2019 (Rabu)

Masa                                        : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar                                : 11 Orang

Tajuk                                       : Ulangkaji huruf a hingga z

Tunjang Utama                       : Komunikasi

Fokus                                      : BM 2.0 Kemahiran Membaca

Standard Kandungan              : BM 2.2 Mengenal huruf abjad

Standard Pembelajaran           : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad

Kesepaduan Tunjang              : KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin

Hasil Pembelajaran                  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti huruf a hingga z dengan cara menyebut huruf yang guru tunjukkan secara rawak dengan betul.
ii. Membandingbeza huruf awalan pada nama sesuatu objek dengan cara menandakan huruf dengan huruf awalan nama objek dengan betul.
iii. Menulis huruf a hingga z dengan cara menulis huruf pada papan putih dengan bimbingan guru dengan baik.


Pengetahuan Sedia Ada          : Menyebut huruf dalam bentuk nyanyian

Bahan Bantu Mengajar           : Marker dan papan putih

Kemahiran Berfikir (KB)        : Menganalisis dan menganalisis

Penerapan Nilai                       : Kerajinan

Fokus MI                                : Kecerdasan muzik, verbal-linguistik dan visual-ruang








Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Menyanyikan lagu abc





1. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu abc bersama-sama.
2. Murid-murid menyanyikan lagu abc bersama-sama.
3. Guru menyatakan hasil pembelajaran hari ini.
KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Muzik dan verbal-linguistik
Langkah 1
( 10 Minit)

Memperkenalkan huruf a hingga z





1. Guru menulis huruf a hingga z pada papan putih.
2. Guru menyebut huruf tersebut satu per satu kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid menyebut huruf-huruf tersebut bersama-sama.
4. Guru menunjukkan huruf secara rawak kepada murid-murid lalu meminta murid-murid menyebut huruf tersebut.
5. Murid-murid menyebut huruf yang guru secara rawak dengan betul.
BBM
Marker dan papan putih

KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

MI
Verbal-linguistik
Langkah 2
(  10  Minit)

Memadankan huruf dengan huruf awalan nama sesuatu objek
1. Guru melukiskan gambar pelbagai objek pada papan putih.
2. Guru menjelaskan kepada murid-murid mengenai nama objek tersebut.
3. Guru menyenaraikan huruf a hingga z pada papan putih.
4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai huruf awalan yang terdapat pada nama sesuatu objek yang telah dilukis.
5. Guru meminta murid-murid memadankan huruf dengan huruf awalan nama sesuatu objek.
6. Murid-murid memadankan huruf dengan huruf awalan nama sesuatu objek.
BBM
Marker dan papan putih

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Langkah 3
(  10  Minit)

Menulis huruf a hingga z







1. Guru menunjukkan cara untuk menulis huruf a hingga z di papan putih.
2. Guru meminta murid-murid secara sukarela untuk menulis huruf a hingga z pada papan putih dengan bimbingan guru.
3. Murid-murid menulis huruf a hingga z pada papan putih dengan bimbingan guru.
BBM
Marker dan papan putih

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Verbal-linguistik
Penutup
(  10  Minit)

Imbas kembali dan menyatakan perasaan.

Contoh soalan:
1. Adakah kamu semua gembira belajar harini?
2. Apakah yang telah kita pelajari hari ini?



1. Guru menanyakan perasaan murid-murid setelah selesai belajar.
2. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali topik pembelajaran yang dipelajari.
KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik
Refleksi guru   :
Kelebihan: Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih ke arah berpusatkan murid-murid kerana aktiviti yang dijalankan lebih menggalakkan murid-murid untuk mencuba sendiri. Selain itu, Aktiviti seperti menulis huruf di papan putih akan dapat meningkatkan perkembangan psikomotor halus.
Kelemahan: Tiada alat bantu mengajar menarik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

BAHASA MELAYU

BM 3
BM 2.2  Mengecam dan menyebut abjad
1
Hanya boleh menyebut abjad.


2
Boleh mengecam dan menyebut sebahagian abjad .


3
Boleh mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul.
KETERAMPILAN DIRI

KD 5
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
1
Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


2
Boleh berinteraksi dengan orang lain.


3
Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.
Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti huruf a hingga z dengan cara menyebut huruf yang guru tunjukkan secara rawak dengan betul.
Item 2
Membandingbeza huruf awalan pada nama sesuatu objek dengan cara menandakan huruf dengan huruf awalan nama objek dengan betul.
Item 3
Menulis huruf a hingga z dengan cara menulis huruf pada papan putih dengan bimbingan guru dengan baik.
1.



* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Ulangkaji a hingga z)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel