Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Mengenal a,b,c,d)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Contoh
Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini kali ini akan menunjukkan
contoh untuk melakukan Rancangan Pengajaran Harian mengenai tajuk ’Mengenalabjad a,b,c dan d).
Sebagaimana
yang telah diulaskan pada contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lalu,
mengenal abjad merupakan antara perkara utama yang harus diperkenalkan kepada
kanak-kanak sewaktu usia awal mereka. Hal ini demikian supaya, kanak-kanak
tidak akan menjadi seorang yang buta huruf seaktu umur mereka meningkat usia.
Jika
didapati ada di antara kanak-kanak yang mengalami masalah buta huruf,
sesungguhnya perkara itu haruslah dipandang serius terutamanya para ibu bapa
dan para pendidik. Oleh yang demikian, disini terdapat satu contoh Rancangan
Pengajaran Harian yang boleh digunakan oleh para pendidik/guru tadika mahupun
prasekolah dalam membina pengajaran mengenai tajuk mengenal abjad ini.
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas :
4 Dedikasi
Tarikh : 10/4/2019 (Rabu)
Masa :
9.30 am hingga 10.15 am
Bil pelajar :
11 Orang
Tajuk :
Mengenal huruf a, b, c dan d
Tunjang Utama :
Komunikasi
Fokus :
BM 1.0 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Standard Kandungan : BM 1.3 Mendengar
dan mengecam bunyi bahasa
Standard Pembelajaran : BM 1.3.1 Mendengar dan menyebut abjad
Kesepaduan
Tunjang : KD 2.3.1 Bertanya
dengan yakin
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dapat:-
i.
Mengenalpasti huruf a, b, c dan d yang guru tunjukkan di hadapan kelas dengan
baik.
ii.
Menyebut huruf a, b, c dan yang terdapat pada kad imbasan yang ditunjukkan
dengan penuh semangat.
iii.
Menulis huruf a, b, c dan d yang terdapat pada lembaran kerja dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Menyanyikan lagu
ABC dari huruf A hingga Z
Bahan
Bantu Mengajar : Komputer riba
dan lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir (KB) : Menganalisis dan
mengaplikasi
Penerapan Nilai :
Hemah tinggi, kerjasama, keberanian dan kerajinan
Fokus MI :
Kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Menyanyikan Lagu Kanak Kanak | ABC | Didi & Friends:
|
1. Guru menunjukkan lagu ABC
kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu ABC bersama-sama.
|
ABM
Komputer riba
PN
Hemah tinggi
KBAT
Mengaplikasi
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Menunjukkan huruf a, b, c dan d di papan putih
|
1. Guru menunjukkan huruf a,
b, c dan d di papan putih.
2. Guru menyebut huruf-huruf
tersebut di hadapan kelas.
3. Guru meminta murid-murid
menyebut huruf-huruf tersebut bersama-sama.
|
KBAT
Menganalisis
PN
Kerjasama
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Menunjukkan kad imbasan di hadapan kelas
|
1. Guru menyediakan sebuah
bekas yang mempunyai kad imbasan yang mempunyai huruf a, b, c dan d.
2. Guru meminta seorang
murid secara sukarela supaya mengambil kad imbasan yang terdapat pada bekas
tersebut.
3. Guru meminta murid tersebut
menunjukkan kad imbasan huruf yang diperolehi tadi di hadapan kelas.
4. Guru meminta murid-murid
menyebut huruf tersebut bersama-sama.
|
ABM
Kad imbasan
PN
Kerjasama, keberanian
MI
Visual-ruang, verbal-linguistik
|
Langkah 3
(10 Minit)
|
Menyambung titik-titik huruf pada lembaran kerja
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai huruf a, b, c dan d.
2. Guru meminta murid-murid
menyambungkan titik huruf tersebut dengan betul.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Mengingati huruf yang telah dipelajari
|
1. Guru meminta murid-murid
mengimbas kembali mengenai huruf-huruf yang telah dipelajari.
|
KBAT
Menganalisis
|
Refleksi Guru :
Kelebihan- Menunjukkan video
mengenali kenali abc semasa set induksi dilhat dapat meningkatkan minat murid
serta menaikkan semangat ingin tahu terhadap pengajaran yang akan berlangsung.
Hal ini menyebabkan suasana pembelajaran terkawal serta guru dapat menjalankan
pengajaran sebagaimana yang telah di rancang. Selain itu, pada lembaran kerja
yang diberikan kepada murid-murid mempunyai pelbagai gambar. Hal ini akan
meningkatkan pengetahuan murid dalam mengenali nama sesuatu perkara.
Kelemahan- Segelintir murid-murid
dilihat tidak menunjukkan minat terhadap penggunaan lembaran kerja dalam proses
pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan
waktu PdP ini berlangsung pada akhir waktu persekolahan dan murid-murid asyik
berfikir untuk pulang ke rumah sahaja.
Penambahbaikan- Guru perlu
mencipta alat bantu mengajar yang lebih menarik minat murid agar sentiasa
konsisten fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
KETERAMPILAN
DIRI
|
|||
KD 5
|
KD 2.3 Membina
keyakinan untuk berkomunikasi
|
1
|
Boleh
berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.
|
2
|
Boleh
berinteraksi dengan orang lain.
|
||
3
|
Boleh
berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.
|
Standard Prestasi / Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM / KEMAHIRAN
|
||
Item 1 Mengenalpasti
huruf a, b, c dan d yang guru tunjukkan di hadapan kelas dengan baik.
|
Item 2
Menyebut
huruf a, b, c dan yang terdapat pada kad imbasan yang ditunjukkan dengan
penuh semangat
|
Item 3
Menulis
huruf a, b, c dan d yang terdapat pada lembaran kerja dengan betul
|
||
1.
|
* Nyatakan
skala yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini memberi manfaat kepada semua.
Baca juga: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi (Ulangkaji a hingga z)
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Mengenal a,b,c,d)"
Post a Comment