Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019- Tunjang Komunikasi (Kenali huruf I,J,K,L)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini
akan menunjukkan contoh untuk membina Rancangan Pengajaran HarianPrasekolah/Tadika mengenai tajuk ’Mengenal huruf besar I, J, K dan L’.
Blog
ini pada kali ini masih lagi menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian
Tadika/Prasekolah dalam aspek mengenal abjad dan ini merupakan contoh Rancangan
Pengajaran Harian sambungan pada contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian yang
lalu.
Sebagaimana
yang telah sedia maklum, abjad sememangnya perkara atau pembelajaran yang amat
penting serta perlu diketahui oleh setiap orang kanak-kanak. Abjad terdiri
daripada 2 jenis iaitu:
1.
Huruf kecil
2.
Huruf besar.
Kedua-dua
jenis abjad ini sememangnya perlu kanak-kanak tahu serta memahaminya dengan
mudah. Para guru/pendidik mempunyai pelbagai cara ataupun kaedah mengenai cara
mendidik kanak-kanak untuk memahami perkara ini.
Di
sini, saya telah menyediakan satu contoh Rancangan Pengajaran HarianPrasekolah/Tadika terkini 2019 mengenai tajuk mengenal abjad ini.
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas :
4 Orked
Tarikh : 15/4/2019 (Isnin)
Masa :
9.30 a.m hingga 10.15 a.m
Bil pelajar :
11 Orang
Tajuk :
Mengenal huruf I, J, K dan L
Tunjang Utama :
Komunikasi
Fokus :
BM 1.0 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Standard Kandungan : BM 1.3 Mendengar
dan mengecam bunyi bahasa
Standard Pembelajaran : BM 1.3.1 Mendengar dan menyebut abjad
Kesepaduan
Tunjang : FK 1.1.1
Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti huruf I, J, K dan L yang dilihat pada kad imbasan dengan betul.
ii.
Mencantumkan puzzle yang mempunyai huruf I, J, K dan L secara bekerjasama
dengan baik.
iii.
Menyambungkan titik-titik huruf I, J, K dan L yang terdapat pada lembaran kerja
dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Tahu menyebut
huruf A hingga Z dalam nyanyian
Bahan
Bantu Mengajar : Pembesar suara,
kad imbasan, puzzle dan lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir (KB) : Menganalisis dan
mengaplikasi
Penerapan Nilai :
Hemah tinggi, kerajinan dan kerjasama
Fokus MI :
Kecerdasan muzik dan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Menyanyikan Lagu Kanak Kanak | ABC | Didi & Friends:
|
1. Guru memesang lagu
mengenal ABC kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
|
ABM
Pembesar suara
PN
Hemah tinggi
KBAT
Mengaplikasi
MI
Muzik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai huruf I, J, K dan L
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan yang mempunyai huruf I, J, K dan L kepada murid-murid.
2. Guru menyebut nama
huruf-huruf tersebut satu per satu.
3. Guru meminta murid-murid
menyebut huruf-huruf tersebut satu per satu.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Mengaplikasi
PN
Hemah tinggi
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Mencantum puzzle huruf I, J, K dan L
|
1. Guru menyediakan puzzle
yang mempunyai huruf I, J, K dan L.
2. Guru menunjukkan contoh
untuk melakukan aktiviti tersebut.
3. Guru meminta murid-murid
bekerjasama mencantum puzzle huruf tersebut.
|
ABM
Puzzle
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerjasama
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menyambungkan titik-titik
huruf I, J, K dan L.
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai titik-titik huruf I, J, K dan L.
2. Guru meminta murid-murid
menyambungkan titik-titik huruf tersebut dengan betul.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Mengimbas kembali huruf-huruf yang dipelajari
|
1. Guru meminta murid-murid
mengimbas kembali huruf-huruf yang dipelajari.
|
KBAT
Menganalisis
PN
Kerjasama
MI
Kerjasama
|
Refleksi Guru :
Kelebihan: Penggunaan papan padanan dapat
menarik minat murid-murid untuk memadankan huruf yang sama antara satu sama
lain. Selain itu, penggunaan gambar objek berdasarkan huruf pada kad imbasan
juga dapat menarik perhatian murid-murid untuk membaca dan memadakan huruf yang
sama pada papan padanan.
Kelemahan: Murid-murid didapati berebut-rebut
semasa ingin melakukan aktiviti padanan nombor pada papan padanan itu. Hal ini
keranan kad imbasan yang disediakan tidak cukup digunakan untuk semua murid.
Penambahbaikan: Alat bantu mengajar perlulah
disediakan secukupnya untuk kegunaan murid-murid.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
PERKEMBANGAN
FIZIKAL
|
|||
FK 1
|
FK 1.1
Perkembangan Motor Halus
|
1
|
Boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.
|
2
|
Boleh melakukan
kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.
|
||
3
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih
kompleks.
|
Standard Prestasi / Pentaksiran
Bil
|
Nama
murid
|
ITEM / KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenalpasti huruf I, J, K dan L yang dilihat pada kad imbasan dengan
betul
|
Item 2
Mencantumkan puzzle yang mempunyai huruf I, J, K dan L secara
bekerjasama dengan baik.
|
Item 3 Menyambungkan
titik-titik huruf I, J, K dan L yang terdapat pada lembaran kerja dengan
betul
|
||
1.
|
* Nyatakan
skala yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.
Baca juga: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Mengenal a,b,c,d)
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah terkini 2019- Tunjang Komunikasi (Kenali huruf I,J,K,L)"
Post a Comment