-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Rama-ramaku cantik)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang sains dan teknologi yang bertajuk ’Rama-ramaku cantik’.




Disebalik nama tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini iaitu ’Rama-ramaku cantik’, sebenarnya kanak-kanak akan diajar cara-cara untuk mengenal dan mengetahui jenis warna yang dapat mereka lihat. Alat bantu mengajar (ABM) utama yang digunakan dalam contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini adalah kertas yang mempunyai gambar seekor rama-rama, pelekat berwarna dan dadu berwarna.
Sebenarnya, para guru/pendidik/pelajar praktikal boleh menggunakan pelbagai cara ataupun kaedah mahupun alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dalam mendidik kanak-kanak dalam mengenali warna, namun pada contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menggunakan teknik tersebut dalam mendidik kanak-kanak mengenal warna disamping ingin mengelakkan rasa kanak-kanak semasa belajar.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 ’Rama-ramakucantik’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Orked

Tarikh                                    : 16/4/2019 (Selasa)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Rama-ramaku cantik

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.2 Mengelaskan objek

Standard Pembelajaran   : SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut                                                   satu ciri:
                                                  (i) warna

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti warna yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul.
ii. Mengambil objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu berwarna dengan betul.
iii. Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai dengan baik.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui warna

Bahan Bantu Mengajar        : Komputer riba dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis, menilai dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerjasama, kerajinan dan kejujuran

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik





Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Bersoal jawab tentang warna





1. Guru menunjukkan beberapa jenis warna kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid meneka warna apakah yang guru tunjukkan.
ABM
Komputer riba

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik
Langkah 1
(  10 Minit)

Memperkenalkan dadu berwarna





1. Guru menunjukkan dadu berwarna kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid memberitahu warna apakah yang terdapat pada dadu berwarna itu tadi.
ABM
Dadu berwarna

KBAT
Menilai

PN
Kerjasama

MI
Visual-ruang
Langkah 2
(  10  Minit)

Menghias gambar rama-rama menggunakan objek berwarna
1. Guru memberikan lembaran kerja yang mempunyai gambar rama-rama kepada setiap orang murid.
2. Guru menyediakan objek yang mempunyai warna merah, kuning, biru, hijau, oren dan putih kepada setiap orang murid-murid.
3. Guru membalingkan dadu berwarna lalu melihat warna apakah yang terpapar pada dadu tersebut.
4. Guru meminta murid-murid mengambil objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu berwarna tadi di lembaran kerja.

ABM
Lembaran kerja, dadu berwarna

KBAT
 Menganalisis, mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang
Langkah 3
(  10  Minit)

Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai







1. Guru meminta setiap orang murid memberitahu warna yang mereka sukai.
2. Guru meminta setiap orang murid memberitahu warna apakah yang paling tidak digemari.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Menganalisis

PN
Kejujuran
MI
Visual-ruang

Penutup
(   5 Minit)

Menunjukkan hasil kerja





1. Guru meminta setiap orang murid menunjukkan hasil kerja mereka yang dilakukan tadi di hadapan kelas.
MI
Visual-ruang


Refleksi Guru            :
Kelebihan- Penggunaan lembaran kerja yang mempunyai gambar rama-rama dapat menarik lebih perhatian kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid telahpun mengenali apa itu rama-rama malah kebanyakan di antara suka akan lembaran kerja yang mempunyai gambar rama-rama itu. Hal ini sekaligus akan menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, penggunaan ’Dadu berwarna juga’ menarik minat murid-murid untuk mengenali warna dengan baik. Hal ini kerana, dadu tersebut mempunyai bunyi apabila guru ingin goncangkan dan balingkan dadu tersebut di hadapan murid-murid. Hal ini menyebabkan murid-murid berasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang ingin di ajar.
Kelemahan- Situasi pembelajaran agak terganggu semasa langkah ketiga berlangsung. Pada langkah tersebut, murid-murid dikehendaki menampal objek yang mempunyai pelbagai warna itu pada lembaran kerja yang mempunyai bentuk rama-rama. Namun gam yang disediakan tidak mencukupi untuk murid-murid gunakan secara serentak kerana mereka perlu bergilir-gilir untuk menampal objek tersebut. Hal ini menyebabkan murid-murid berebut untuk menampal objek berwarna pada lembaran kerja
Penambahbaikan- Guru perlu menyediakan peralatan-peralatan yang mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sewaktu di dalam kelas. Hal ini supaya suasana pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan terkawal.

KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 2
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
1
Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.


2
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.


3
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1

Mengenalpasti warna yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul
Item 2

Mengambil objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu berwarna dengan betul.
 Item 3
Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai dengan baik
* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid


Diharapkan semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian pada kali ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Rama-ramaku cantik)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel