-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali Angggota Badan)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertunjangkan tunjang sains dan teknologi mengenai tajuk ’Kenali AnggotaBadan’.



Anggota badan merupakan salah satu aspek pembelajaran sains yang perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak di awal usia mereka lagi. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat membezakan setiap anggota badan antara satu sama lagi. Dalam erti kata lain, mereka perlu mengetahui nama setiap anggota badan seperti tangan, kaki, mata, kepala dan anggota-anggota badan yang lain.
Sebenarnya pelbagai kaedah atau cara yang boleh dilakukan oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik kanak-kanak untuk membezakan setiap anggota badan yang ada di tubuh badan manusia. Pada contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, puzzle model manusia telah digunakan untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak tentang anggota badan serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian ’Kenali Anggota Badan’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 11/4/2019 (Khamis)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Kenali anggota badan

Tunjang Utama                     : Sains dan teknologi

Fokus                                      : SA 3.0 Menyiasat Alam Hidupan

Standard Kandungan           : SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan                                          dan deria manusia

Standard Pembelajaran       : SA 3.2.1 Mengenal pasti anggota badan

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti nama anggota badan berdasarkan gambar pada kad imbasan dengan betul.
ii. Mengambil gambar anggota badan lalu lekatkan pada model anggota badan dengan betul.
iii. Memberitahu fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan baik.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui nama anggota badan

Bahan Bantu Mengajar        : Komputer riba, model anggota badan dan kad imbasan

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerajinan, keberanian dan kerjasama

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Menunjukkan video
Lagu Kanak Kanak | Anggota Badan | Didi & Friends

https://www.youtube.com/watch?v=1OZFmyq62nE

1. Guru menunjukkan video kenali anggota badan kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid melihat video tersebut dengan penuh perhatian
ABM
Komputer riba

MI
Visual-ruang
Langkah 1
(10   Minit)

Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar anggota badan manusia





1. Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid yang mempunyai gambar anggota badan manusia.
2. Guru memberitahu setiap nama anggota badan manusia.
3. Guru menunjukkan gambar anggota badan secara rawak lalu meminta murid-murid menyebut nama anggota badan manusia yang guru tunjukkan tadi.
ABM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

Langkah 2
( 10   Minit)

Melengkapkan model anggota badan manusia
1. Guru menunjukkan model anggota badan manusia di hadapan kelas.
2. Guru mencabut beberapa anggota badan yang terdapat pada model tersebut.
3. Guru meminta murid-murid melengkapkan model anggota badan manusia itu dengan betuk.

ABM
Model anggota badan

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerjasama

MI
Visual-ruang
Langkah 3
( 10   Minit)

Memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap anggota  badan







1. Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar anggota badan manusia.
2. Guru meminta setiap orang murid-murid memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap anggota  badan dengan berani.
ABM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis

PN
Keberanian
MI
Verbal-linguistik
Penutup
(  5  Minit)

Bersoal jawab





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang apa yang dipelajari.
KBAT
Menganalisis

PN
Verbal-linguistik

Refleksi Guru            :
Kelebihan-  Aktiviti pada langkah kedua merupakan aktiviti yang lebih berpusatkan kepada murid. Hal ini kerana pada langkah tersebut, murid-murid diminta untuk melengkapkan anggota badan yang hilang pada model anggota badan itu dengan menggunakan pengetahuan mereka sendiri serta mereka menggunakan fizikal mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut. Hal ini telah menunjukkan rasa minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu video yang dipertontonkan kepada murid-murid dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar.

Kelemahan- Alat bantu mengajar model anggota badan ini dilihat tidaklah begitu kukuh untuk digunakan. Hal ini demikian kerana ABM hanyalah diperbuat daripada kotak.

Penambahbaikan- ABM yang dihasilkan perlulah lebih kukuh agar boleh digunakan pada pengajaran yang lain serta boleh digunakan pada masa yang akan datang.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1 Mengenalpasti nama anggota badan berdasarkan gambar pada kad imbasan dengan betul

Item 2
Mengambil gambar anggota badan lalu lekatkan pada model anggota badan dengan betul.
Item 3 Memberitahu fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan baik.






* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 pada kali ini dapat memberi
manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali Angggota Badan)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel