-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Membuat Perbandingan Objek)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang bertunjangkan tunjang sains dan teknologi. Tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian pada kali ini adalah ’Membuat Perbandingan Objek’



Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, di muka bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini mempunyai pelbagai objek. Hal ini jelas sebagaimana yang kita sering lihat didalam kehidupan seharian kita kerana diri kita sendiri berada dengan pelbagai jenis objek yang berada berhampiran dengan diri kita pada setiap saat dan ketika. Sebagai contohnya, kita dapat lihat buku-buku berada di dalam almari namun saiz setiap buku yang berada pada rak almari itu tidak mempunyai saiz yang sama. Ada buku yang tebal,nipis,besar dan kecil. Hal ini kerana setiap objek mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri.
Oleh yang demikian, kita sebagai seorang pendidik/guru/ibu bapa perlu mendidik anak-anak kita mengenai perbandingan saiz objek agar mereka sendiri dapat mengetahui apakah ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sesebuah objek itu.
Disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian Terkini 2019 yang bertajuk ’MembuatPerbandingan Objek’ yang boleh digunakan oleh para pendidik/guru/pelajar praktikal untuk mendidik kanak-kanak.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 9/5/2019 (Khamis)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Ulangkaji pelajaran sains

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.3 Membuat pengukuran

Standard Pembelajaran       : SA 2.3.1 Membanding ukuran objek
                                                (ii) tebal – nipis
                                                (iii) besar - kecil
                                                (iv) tinggi - rendah

Kesepaduan Tunjang           : KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Membandingbeza objek tebal dan nipis dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih tebal dan nipis dengan betul.
ii. Membandingbeza objek besar dan kecil dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih besar dan kecil dengan betul.
iii. Membandingbeza objek tinggi dan rendah dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih tinggi dan rendah dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui nama objek

Bahan Bantu Mengajar        : Papan putih, marker dan buku latihan

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan menilai

Penerapan Nilai                     : Kerajinan

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5 Minit)

Bersoal jawab dengan murid-murid mengenai sifat objek dipersekitaran.

Contoh soalan:
1) Cuba kamu lihat objek di dalam kelas ini.
2) Adakah saiz botol kamu itu besar?






1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetetahuan mereka terhadap perbandingan sifat sesuatu objek.
2. Guru meminta murid-murid menunjukkan objek-objek yang terdapat didalam kelas kemuadian memberitahu sifat objek tersebut.
3. Murid-murid menunjukkan objek yang terdapat didalam persekitaran kelas mereka kemudian memberitahu sifat sesuatu objek tersebut.
4. Guru menyatakan hasil pembelajaran pada hari ini.
KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

MI
Verbal-linguistik dan visual-ruang
Langkah 1
( 10  Minit)

Membandingkan ketebalan objek.

Contoh soalan:
1) Buku manakah yang lebih tebal?
2) Blok kayu manakah yang lebih tebal?
3) Tebalkan kertas itu?





1. Guru melukiskan gambar dua buah buku yang mempunyai ketebalan berbeza.
2. Guru melukiskan gambar dua buah blok kayu yang berbeza ketebalannya.
3. Guru melukiskan gambar surat khabar dan sehelai kertas.
4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai ketebalan gambar-gambar yang telah dilukis tadi.
5. Guru meminta murid-murid memberitahu gambar objek manakah yang lebih tebal dan nipis.
6. Murid-murid memberitahu gambar objek manakah yang lebih tebal dan lebih nipis.
BBM
Papan putih dan marker

PN
Kerajinan

KBAT
Menilai

MI
Verbal-linguistik dan visual-ruang
Langkah 2
( 10   Minit)

Membandingkan saiz objek

Contoh soalan:
1) Bola manakah yang lebih besar?
2) Anak patung manakah yang lebih kecil ?
3) ’Drum’ manakah yang lebih besar?
1. Guru melukiskan gambar dua biji bola yang berlainan saiz.
2. Guru melukiskan gambar dua buah anak patung yang berlainan saiz.
3. Guru melukiskan gambar ’drum’ yang mempunyai saiz yang berbeza.
4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai saiz gambar-gambar yang telah dilukis tadi.
5. Guru meminta murid-murid memberitahu gambar objek manakah yang besar dan kecil.
6. Murid-murid memberitahu gambar objek manakah yang lebih besar dan lebih kecil.
BBM
Papan putih dan marker

PN
Kerajinan

KBAT
Menilai

MI
Verbal-linguistik dan visual-ruang
Langkah 3
( 10 Minit)

Membanding ketinggian objek

Contoh soalan:
1) Orang manakah yang lebih tinggi?
2) Orang manakah yang lebih rendah?
3) Berapakah orang yang terdapat didalam gambar ini?







1. Guru menunjukkan gambar yang mempunyai gambar 3 orang yang mempunyai ketinggian yang berbeza.
2. Guru meminta murid-murid mengira bilangan gambar orang yang terdapat dalam buku tersebut.
3. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai orang manakah yang lebih tinggi.
4. Guru meminta murid-murid memberitahu orang manakah yang lebih tinggi dan lebih pendek.
5. Murid-murid memberitahu orang manakah yang lebih tinggi dan lebih pendek.

BBM
Buku latihan

PN
Kerajinan

KBAT
Menilai

MI
Verbal-linguistik dan visual-ruang
Penutup
(  10  Minit)

Imbas kembali dan menyatakan perasaan





1. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali topik pembelajaran yang telah dipelajari.
2. Guru menanyakan perasaan murid-murid mengenai pembelajaran mereka.
3. Murid-murid memberitahu mengenai perkara yang telah mereka pelajari.
4. Murid-murid memberitahu perasaan mereka setelah selesai belajar.
MI
Verbal-linguistik

Refleksi guru             :
Kelebihan: Guru melukis gambar objek pada papan putih menyebabkan murid-murid lebih tertarik untuk belajar serta meningkatkan keinginan murid-murid untuk mengetahui apakah yang bakal mereka pelajari. Aktiviti bersoal jawab dengan murid-murid juga akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bercakap disamping meningkatkan kosa kata murid dalam penggunaan bahasa semasa bercakap.
Kelemahan: Murid-murid tidak dapat melibatkan diri mereka secara aktif kerana guru hanya menggunakan papan putih sahaja sebagai alat bantu mengajar.
Penambahbaikan: Guru perlu mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid agar murid-murid dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 3
SA 2.3 Kemahiran membuat pengukuran
1
Boleh membanding ukuran objek.


2
Boleh membanding dan mengukur panjang atau tinggi objek menggunakan unit bukan piawai.


3
Boleh mengukur panjang,menimbang objek dan menyukat cecair menggunakan unit bukan piawai.
KETERAMPILAN DIRI

KD 5
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
1
Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


2
Boleh berinteraksi dengan orang lain.


3
Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Membandingbeza objek tebal dan nipis dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih tebal dan nipis dengan betul.
Item 2
Membandingbeza objek besar dan kecil dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih besar dan kecil dengan betul.
Item 3
Membandingbeza objek tinggi dan rendah dengan cara memberitahu gambar objek manakah yang lebih tinggi dan rendah dengan betul.





* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 pada kali ini akan memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Membuat Perbandingan Objek)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel