Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali Warna)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian yang bertunjangkan
Sains dan Teknologi. Tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali
ini adalah ’Kenali Warna’.
Sebagaimana
yang kita semua sedia maklum, dunia yang kita tinggal ini penuh dengan warna-warninya.
Pelbagai jenis warna yang sering kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh, kita sering mendongak ke arah langit yang berwarna biru, kita
melihat warna matahari yang berwarna jingga ketika terbit fajar, melihat
kelipan bintang-bintang di langit yang berwarna kuning, melihat tumbuh-tumbuhan
segar kehijauan di kiri dan kanan jalan serta pelbagai lagi jenis warna yang
dapat kita lihat dengan mata kasar kita.
Sudah
terang lagi bersuluh bahawa aneka warna ini sendiri jelas mempunyai peranannya
masing-masing serta mempunyai maksudnya tersendiri. Oleh yang demikian, para
pendidik mahupun ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk mengetahui apakah jenis
warna yang ada di muka bumi ini. Betapa pentingnya nama setiap jenis warna agar
kanak-kanak dapat mengingati dan memahami tentang setiap objek yang mempunyai
warnanya tersendiri.
Disini
terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 ’Kenali Warna’
yang boleh digunakan oleh para guru/pendidik/pelajar praktikal dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Dedikasi
Tarikh :
9/4/2019 (Selasa)
Masa : 10.15
a.m hingga 11.00 a.m
Bil
pelajar :
11 Orang
Tajuk
:
Kenali warna
Tunjang
Utama : Sains dan
Teknologi
Fokus :
SA 2.0 Kemahiran Proses Sains
Standard
Kandungan :
SA 2.2 Mengelaskan objek
Standard
Pembelajaran : SA 2.2.1 Membanding
dan membeza objek-objek mengikut satu ciri:
(i) warna
Kesepaduan Tunjang : FK 1.1.1 Menjalankan
pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti warna yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul.
ii.
Mengambil
objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu
berwarna dengan betul.
iii.
Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai dengan baik.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengetahui warna
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba dan
lembaran kerja
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis, menilai dan
mengaplikasi
Penerapan
Nilai :
Kerjasama, kerajinan dan kejujuran
Fokus
MI :
Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Bersoal jawab tentang warna
|
1. Guru menunjukkan beberapa
jenis warna kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
meneka warna apakah yang guru tunjukkan.
|
ABM
Komputer riba
KBAT
Menganalisis
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Memperkenalkan dadu berwarna
|
1. Guru menunjukkan dadu
berwarna kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu warna apakah yang terdapat pada dadu berwarna itu tadi.
|
ABM
Dadu berwarna
KBAT
Menilai
PN
Kerjasama
MI
Visual-ruang
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Menghias gambar pizza menggunakan objek berwarna
|
1. Guru memberikan lembaran
kerja yang mempunyai gambar pizza kepada setiap orang murid.
2. Guru menyediakan objek
yang mempunyai warna merah, kuning, biru, hijau, oren dan putih kepada setiap
orang murid-murid.
3. Guru membalingkan dadu
berwarna lalu melihat warna apakah yang terpapar pada dadu tersebut.
4. Guru meminta murid-murid
mengambil objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar
pada dadu berwarna tadi di lembaran kerja.
|
ABM
Lembaran kerja, dadu berwarna
KBAT
Menganalisis,
mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai
|
1. Guru meminta setiap orang
murid memberitahu warna yang mereka sukai.
2. Guru meminta setiap orang
murid memberitahu warna apakah yang paling tidak digemari.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Menganalisis
PN
Kejujuran
MI
Visual-ruang
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Menunjukkan hasil kerja
|
1. Guru meminta setiap orang
murid menunjukkan hasil kerja mereka yang dilakukan tadi di hadapan kelas.
|
MI
Visual-ruang
|
Refleksi
Guru :
Kelebihan-
Penggunaan lembaran kerja yang mempunyai gambar
pizza dapat menarik lebih perhatian kanak-kanak semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid telahpun
mengenali apa itu pizza malah kebanyakan di antara suka akan lembaran kerja
yang mempunyai gambar pizza itu. Hal ini sekaligus akan menarik minat murid
untuk belajar. Selain itu, penggunaan ’Dadu berwarna juga’ menarik minat
murid-murid untuk mengenali warna dengan baik. Hal ini kerana, dadu tersebut
mempunyai bunyi apabila guru ingin goncangkan dan balingkan dadu tersebut di
hadapan murid-murid. Hal ini menyebabkan murid-murid berasa ingin mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang ingin di ajar.
Kelemahan-
Situasi pembelajaran agak terganggu semasa
langkah ketiga berlangsung. Pada langkah tersebut, murid-murid dikehendaki
menampal objek yang mempunyai pelbagai warna itu pada lembaran kerja yang
mempunyai bentuk pizza. Namun gam yang disediakan tidak mencukupi untuk
murid-murid gunakan secara serentak kerana mereka perlu bergilir-gilir untuk
menampal objek tersebut. Hal ini menyebabkan murid-murid berebut untuk menampal
objek berwarna pada lembaran kerja
Penambahbaikan-
Guru perlu menyediakan peralatan-peralatan yang
mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sewaktu di dalam
kelas. Hal ini supaya suasana pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan
terkawal.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
SAINS AWAL
|
|||
SA 2
|
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
|
1
|
Boleh membanding dan membeza objek
mengikut satu ciri.
|
2
|
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua
ciri.
|
||
3
|
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan
ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
|
||
PERKEMBANGAN FIZIKAL
|
|||
FK 1
|
FK 1.1
Perkembangan Motor Halus
|
1
|
Boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.
|
2
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.
|
||
3
|
Boleh melakukan
kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
||
Item 1 Mengenalpasti warna yang terdapat pada dadu
berwarna dengan betul.
|
Item 2
Mengambil
objek yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang terpapar pada dadu
berwarna dengan betul.
.
|
Item 3 Memberitahu warna yang disukai dan tidak disukai
dengan baik
|
||
* Nyatakan
skala yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian terkini 2019 pada kali ini memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Kenali Warna)"
Post a Comment