-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkino 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali bentuk asas)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 untuk prasekolah mahupun tadika bertunjangkan Tunjang Sains dan Teknologi mengenai tajuk ’Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.


Bentuk merupakan suatu rupa bentuk yang dapat kita lihat di persekitaran hidup kita. Sebagai contohnya, kita sering melihat bentuk bulat didalam rumah kita. Sebagai contoh situasi, kita melihat jam berbentuk bulat, melihat pinggan yang berbentuk bulat didapur dan menggunakan duit syiling untuk membeli sesuatu barangan yang diinginkan.
Oleh yang demikian, hal ini amat penting terhadap kanak-kanak untuk mengenali jenis-jenis bentuk yang di alam hidupan ini. Hal ini demikian supaya, kanak-kanak akan dapat mengerti bahawa setiap objek mempunyai bentuk yang tersendiri. Terdapat beberapa bentuk asas yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak antaranya:
1. Bentuk segi empat.
2. Bentuk segi tiga.
3. Bentuk bulat.
4. Bentuk bujur.
Disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 untuk Prasekolah dan Tadika mengenai tajuk ’Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’.


Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 7/5/2019

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                 : Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan                                                                  segitiga


Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : MA 6.0 Bentuk Dan Ruang

Standard Kandungan           : MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk yang biasa                                             dijumpai di persekitaran

Standard Pembelajaran       : MA 6.2.1 Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat                                               tepat, segitiga dan bulatan


 Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus


Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

                                                i. Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan                                             dan segitiga melalui cara menyebut nama bentuk yang guru                                      tunjukkan di papan putih dengan betul.
                                                ii. Menyusun bentuk puzzle segiempat sama, segiempat tepat,                                              bulatan dan segitiga dengan cara meletakkan bentuk pada ruang                                          bentuk yang sepadan dengan betul.
                                                iii. Melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan                                         segitiga dengan cara menyambung titik-titik bentuk pada                                                     lembaran kerja dengan betul. 


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengecam bentuk bulatan

Bahan Bantu Mengajar        : Komputer riba, puzzle dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerajinan dan kejujuran

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik

Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Bersoal jawab dengan murid-murid

Contoh soalan:
1) Siapa kenal bentuk bulat?
2) Cuba kamu cari bentuk segitiga dalam kelas ini.
1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengetahuan mereka terhadap bentuk.
2. Guru meminta murid-murid mencari bentuk yang ada di dalam persekiran kelas mereka.
3. Guru menyatakan hasil pembelajaran hari ini.
ABM
Komputer riba

PN
Kejujuran

KBAT
Menganalisis

MI
Visual-ruang
Langkah 1
( 10  Minit)

Memberitahu bentuk-bentuk yang dilihat

Bentuk:
1) Segiempat sama
2) Segiempat tepat
3) Segitiga
4) Bulatan




1.Guru melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru memberitahu nama-nama bentuk tersebut kepada murid-murid.
3. Guru menunjukkan bentuk yang telah dilukis pada papan putih secara rawak lalu meminta murid-murid memberitahu nama bentuk tersebut.
4. Murid-murid memberitahu nama-nama bentuk yang guru tunjukkan.
KBAT
Menganalisis

MI
Visual-ruang, verbal-linguistik

Langkah 2
(  10  Minit)

Melengkapkan puzzle bentuk

Bentuk:
1) Segiempat sama
2) Segiempat tepat
3) Segitiga
4) Bulatan

1. Guru menyediakan puzzle yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru meminta murid-murid melengkapkan puzzle tersebut dengan meletakkan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga pada ruang yang betul.

ABM
Puzzle

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang
Langkah 3
(  10  Minit)

Menyambung garisan putus-putus bentuk






1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai bentuk putus-putus segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga.
2. Guru meminta murid-murid menyambung garisan putus-putus tersebut.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
Penutup
( 5   Minit)

Mengimbas kembali perkara yang dipelajari





1. Guru meminta murid-murid menunjukkan hasil kerja yang telah dilakukan.
2. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali tentang perkara yang telah dipelajari.
3. Guru meminta murid-murid memberitahu perasaan mereka setelah selesai mempelajari topik yang diajarkan.
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang, verbal-linguistik


Refleksi guru             :
Kelebihan: Aktiviti memadankan bentuk kepada ruang bentuk yang sepadan akan dapat meningkatkan kefahaman murid dalam mengecam bentuk-bentuk yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan perkembangan psikomotor halus murid semasa murid-murid memegang bentuk lalu memadankannya pada ruang bentuk tertentu yang sesuai.
Kelemahan: Segelintir murid didapati masih keliru dengan bentuk segi empat sama dan segi empat tepat.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam mengecam bentuk.

KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

MATEMATIK AWAL

MA 13
MA 6.2 Pengetahuan tentang bentuk
1
Boleh menamakan bentuk dua dimensi.


2
Boleh menamakan bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.


3
Boleh menghasilkan bentuk baharu dari gabungan bentuk tiga dimensi
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.
Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga melalui cara menyebut nama bentuk yang guru tunjukkan di papan putih dengan betul.
Item 2
Menyusun bentuk puzzle segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga dengan cara meletakkan bentuk pada ruang bentuk yang sepadan dengan betul
Item 3
Melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga dengan cara menyambung titik-titik bentuk pada lembaran kerja dengan betul.





* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini ’Kenali bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga’ dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkino 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali bentuk asas)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel