-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali objek berpasangan)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 mengenai tajuk ’Kenali objek berpasangan’ yang bertunjangkan tunjang sains dan teknologi.



Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tadika/Prasekolah terkini 2019 ini dibina berdasarkan Standard Pembelajaran yang diambil daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:
Standard Pembelajaran: MA 1.1.1 Memadankan objek berpasangan yang sama
Pada contoh Rancangan Pengajaran Harian yang ditunjukkan ini, kami hanya mendedahkan sedikit objek/item yang berpasangan kepada kanak-kanak/murid-murid antaranya:
1. Telinga
2. Kasut
3. Selipar
4. Stokin
Namun begitu, para guru/pendidik/pelajar praktikal boleh cuba untuk memperkenalkan objek/item berpasangan yang berbagai-bagai kepada anak-anak didik masing-masing untuk memperkembangkan minda mereka mengenai objek-objek di persekitaran.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 ’ ’Kenali objek berpasangan’.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 4/4/2019 (Khamis)

Masa                                       : 10.00 a.m hingga 10.45 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Kenali objek berpasangan

Tunjang Utama                     : Tunjang Sains dan Teknologi

Fokus                                      : MA 1.0 Pengalaman pranombor

Standard Kandungan           : MA 1.1 Memadankan objek

Standard Pembelajaran       : MA 1.1.1 Memadankan objek berpasangan yang sama

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i.    Memadankan pasangan kad imbasan objek berpasangan di papan putih dengan betul.
ii.   Mewarnakan gambar objek berpsangan dengan menggunakan warna yang sama dengan betul.
iii.  Memadankan objek berpasangan pada lembaran kerja dengan penuh semangat.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengetahui nama objek

Bahan Bantu Mengajar        : Kad imbasan, lembaran kerja dan pelekat.

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menilai dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerjasama

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang


Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 10  Minit)

Memperkenalkan kad imbasan yang mempunyai gambar objek berpasangan.





1. Guru menunjukkan kad imbasan objek-objek berpasangan yang akan diajarkan kepada murid-murid.
2. Guru memberitahu nama objek-objek berpasangan tersebut kepada murid-murid.
3. Guru menjelaskan objek-objek berpasangan tersebut kepada murid-murid.
ABM
Kad imbasan

PN
Kerjasama

KBAT
Menilai

MI
Visual-ruang
Langkah 1
(  10 Minit)

Memadankan kad imbasan objek berpasangan di papan putih.





1. Guru menyediakan beberapa kad imbasan yang mempunyai gambar objek berpasangan seperti selipar, kasut, stokin dan telinga.
2. Guru menunjukkan objek berpasangan yang betul kepada murid-murid.
3. Guru melekatkan satu kad imbasan objek di papan putih.
4. Guru meminta setiap murid datang kehadapan dan memadankan pasangan kad imbasan objek tersebut dengan betul.
ABM
Kad imbasan

KBAT
Mengaplikasi

MI
Visual-ruang


Langkah 2
(  10  Minit)

Mewarnakan gambar objek berpsangan dengan menggunakan warna yang sama
1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar objek berpasangan kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid mewarnakan gambar objek berpsangan dengan menggunakan warna yang sama.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
 Mengaplikasi

PN
Kerjasama

MI
Visual-ruang

Langkah 3
(  10  Minit)

Memadankan objek berpasangan







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar objek-objek berpasangan.
2. Guru memberikan setiap lembaran kerja kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid memadankan objek berpasangan dengan dengan penuh semangat.

ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerjasama
MI
Visual-ruang


Penutup
(  5  Minit)







1. Guru meminta murid-murid menyebut nama objek berpasangan bersama-sama.
KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerjasama
MI
Visual-ruang




Refleksi Guru            :

Kelebihan- Penggunaan kad imbasan dilihat amat menarik minat murid untuk melakukakan aktiviti padangan gambar objek berpasangan. Hal ini sekaligus menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan rancak.

Kelemahan- Penggunaan ABM Lembaran kerja dilihat tidak bersesuaian untuk murid lakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini kerana murid-murid dilihat cepat bosan semasa melakukan aktiviti pembelajaran ini.

Penambahbaikan- Perlu menggunaan ABM maujud agar pembelajaran menjadi lebih menarik


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

MATEMATIK AWAL

MA 1
MA 1.1 Kemahiran memadankan objek
1
Boleh memadankan objek berpasangan yang sama.


2
Boleh memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan yang sama.


3
Boleh memadankan objek berdasarkan ciri-ciri tertentu.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Memadankan pasangan kad imbasan objek berpasangan di papan putih dengan betul

Item 2
Mewarnakan gambar objek berpsangan dengan menggunakan warna yang sama dengan betul.

Item 3 Memadankan objek berpasangan pada lembaran kerja dengan penuh semangat





* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


1 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali objek berpasangan)"

  1. How do you make money out of winning tips and strategies
    You can win by running a bet online, on sports and 바카라 사이트 the internet, or via any other online casino website, whether it be in 인카지노 the UK or the งานออนไลน์ US.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel