-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Mengenal Warna)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 mengenai tajuk bertemakan warna iaitu ’Mengenal warna’.




Sebagaimana yang diketahui umum, warna merupakan salah satu nikmat yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang boleh dilihat menggunakan pancaindera manusia iaitu mata. Oleh yang demikian, kita sebagai orang dewasa/pendidik/guru perlu memberi pendedahan atau pengetahuan kepada kanak-kanak mahupun anak didik kita sendiri mengenai warna-warna yang ada di sekeliling kita.
Para pendidik/guru/pelajar praktikal sebenarnya bebas untuk mengajar kepada kanak-kanak mengenai warna tetapi seeloknya memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai warna-warna asasnya terlebih dahulu.
Terdapat 3 jenis warna asas iaitu:
1. Merah
2. Kuning
3. Biru
Disini terdapat satu contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 yang bertemakanwarna. Berikut merupakan contoh RPH:

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 2/5/2019 (Khamis)

Masa                                       : 10.45 a.m hingga 11.30 a.mm

Bil pelajar                              : 5 Orang

Tajuk                                      : Mengenal warna

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Proses Sains

Standard Kandungan           : SA 2.2 Mengelaskan objek

Standard Pembelajaran   : SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut                                                     satu ciri:
                                                  (i) warna

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan  motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti enam warna yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul.
ii. Membandingbeza enam warna dengan cara menampal bebola berwarna pada gambar pelangi dengan warna yang betul..
iii. Memberitahu warna kegemaran berdasarkan enam warna yang dipelajari dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada       : Mengecam warna

Bahan Bantu Mengajar        : Dadu berwarna, roda berwarna, span berwarna, gambar bercorak pelangi, gam dan lembaran kerja

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kerajinan

Fokus MI                               : Kecerdasan kinestetik, visual-ruang dan verbal-linguistik




Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Bersoal jawab dan mencari warna di persekitaran kelas

Contoh soalan:
1. Cuba cari warna merah dalam kelas ini?





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap warna.
2. Guru meminta murid-murid mencari dan menunjuk warna yang terdapat di dalam persekitaran kelas mereka.
3. Murid-murid mencari dan menunjuk warna yang terdapat didalam kelas mereka.
4. Guru menyatakan hasil pembelajaran pada hari ini.
KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Langkah 1
( 8 Minit)

Memperkenalkan warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan ungu.





1. Guru menunjukkan dadu berwarna kepada murid-murid.
2. Guru menjelaskan warna-warna yang terdapat pada dadu tersebut.
3. Guru membaling dadu berwarna itu kemudian meminta murid-murid memberitahu warna yang terpapar pada dadu itu.
4. Murid-murid memberitahu warna yang terpapar pada dadu itu.
BBM
Dadu berwarna

KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Langkah 2
(  20  Minit)

Membandingbeza enam warna pada roda berwarna
1. Guru menunjukkan roda berwarna gambar yang mempunyai corak pelangi dan span berwarna kepada murid-murid.
2. Guru menunjukkan cara untuk melakukan aktiviti iaitu guru akan memusing roda berwarna lalu melihat warna apa yang terdapat pada penunjuk.
3. Kemudian guru akan mengambil span yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang diperolehi semasa memusingkan roda berwarna.
4. Guru akan melekatkan span itu pada bahagian warna yang mempunyai warna yang sama dengan span tersebut.
5. Murid-murid akan memusingkan roda berwarna dan melihat warna apa yang diperolehi pada roda berwarna lalu mengambil span yang mempunyai warna yang telah diperolehi.
6.Murid-murid melekatkan span itu mengikut warna yang sama pada gambar bercorak pelangi itu.

BBM
Roda berwarna, span berwarna, gambar bercorak pelangi dan gam.

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Kinestetik dan visual-ruang
Langkah 3
(  7  Minit)

Membandingbeza warna yang terdapat pada objek







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai pelbagai gambar objek yang berwarna-warni.
2. Guru meminta murid-murid menandakan (/) berdasarkan arahan yang telah dinyatakan.
3. Murid-murid menandakan (/) pada jawapan yang dikehendaki dengan bimbingan guru.
BBM
Lembaran kerja

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Penutup
(  5  Minit)

Memberitahu warna kegemaran dan imbas kembali pembelajaran





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai warna kegemaran mereka.
2. Murid-murid memberitahu warna kegemaran mereka.
3.Guru mengimbas kembali topik pembelajaran yang telah diajarkan.
MI
Verbal-linguistik

Refleksi guru             :
Kelebihan: Alat bantu mengajar yang pelbagai digunakan dapat menarik minat murid untuk belajar seperti penggunaan roda berwarna, dadu berwarna dan span berwarna. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih berfokuskan kepada meningkatkan perkembangan psikomoto halus murid-murid.

Kelemahan: Alat bantu mengajar yang disediakan tidak begitu kukuh untuk sentiasa digunakan dalam pembelajaran yang mendatang.

Penambahbaikan: Guru perlu memastikan alat bantu mengajar yang digunakan dapat digunakan dalam masa panjang.



KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL

SA 2
SA 2.2 Kemahiran mengelas objek
1
Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.


2
Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.


3
Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus..


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM/KEMAHIRAN
Item 1
Mengenalpasti enam warna yang terdapat pada dadu berwarna dengan betul.
Item 2
Membandingbeza enam warna dengan cara menampal bebola berwarna pada gambar pelangi dengan warna yang betul
Item 3 Memberitahu warna kegemaran berdasarkan enam warna yang dipelajari dengan betul.







* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Mengenal Warna)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel