-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali bahagian anggota pokok bunga matahari)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 mengenai Tunjang Sains dan Teknologi. Oleh yang demikian, RPH kali ini akan menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian buat pertama kalinya mengenai Tunjang Sains dan Teknologi ini. Contoh Rancangan Pengajaran Pengajaran untuk Prasekolah mahupun Tadika pada kali ini adalah mengenai tajuk ’ Kenali bahagian anggotapokok bunga matahari’.


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mempunyai 6 tunjang utama. Tunjang Sains dan Teknologi ini merupakan tunjang ke-2 yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) selepas Tunjang Komunikasi.
Contoh RPH terkini 2019 ini dimulai dengan tajuk yang bertemakan alam hidupan. Namun begitu, para guru/pendidik/pelajar praktikal bebas untuk memilih tajuk untuk mengajara kepada anak-anak didik mengikut kesesuaian bilik darjah tersendiri.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 ’Kenali bahagiananggota pokok bunga matahari’

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                    : 23/5/2019 (Khamis)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m

Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Kenali bahagian anggota pokok bunga matahari

Tunjang Utama                     : Sains dan Teknologi

Fokus                                      : SA 3.0 Menyiasat Alam Hidupan

Standard Kandungan           : SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh- tumbuhan

Standard Pembelajaran       : SA 3.4.1 Mengenal pasti bahagian tumbuhan:
                                                (i) daun
                                                (ii) batang
                                                (iii) akar
                                                (iv) bunga

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Membandingbeza anggota pokok bunga matahari dengan cara memberitahu guru mengenai nama anggota pokok bunga matahari yang guru tunjukkan dengan betul.
ii. Mengenalpasti setiap anggota pokok bunga matahari dengan cara menyusun kad imbasan anggota pokok bunga matahari dengan betul.
iii. Mengecam warna anggota tumbuhan dengan mewarna gambar pokok bunga matahari dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengecam warna anggota tumbuhan

Bahan Bantu Mengajar        : Marker, papan putih, kad imbasan, lembaran kerja dan pensel warna

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis, mengaplikasi dan menilai

Penerapan Nilai                     : Kerajinan dan kejujuran

Fokus MI                               : Kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik dan kinestetik

Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Bersoal jawab mengenai anggota badan tumbuhan.





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka tentang anggota tumbuh-tumbuhan.
2. Murid-murid memberitahu guru mengenai pengetahuan mereka tentang anggota tumbuh-tumbuhan.
3. Guru menyatakan hasil pembelajaran yang akan murid-murid perolehi.
KBAT
Menganalisis

PN
Kejujuran

MI
Verbal-linguistik
Langkah 1
( 10  Minit)

Menjelaskan mengenai anggota pokok bunga matahari





1. Guru melukiskan gambar sekuntum bunga matahari yang mempunyai akar, batang, daun, bunga dan biji dengan lengkap.
2. Guru menerangkan kepada murid-murid mengenai lokasi anggota tumbuhan yang terdapat pada gambar pokok bunga matahari.
3. Guru memberitahu murid-murid mengenai nama setiap anggota pada pokok bunga matahari.
4. Guru meminta murid-murid memberitahu nama setiap anggota pokok bunga matahari.
5. Murid-murid menyebut setiap anggota pokok bunga matahari bersama-sama.
BBM
Marker dan papan putih

KBAT
Menganalisis dan menilai

PN
Kerajinan

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Langkah 2
( 10   Minit)

Membentuk pokok bunga matahari
1. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai gambar akar, batang, daun, bunga dan biji pokok bunga matahari.
2. Guru menunjukkan cara-cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu menyusun kad imbasan ini agar membentuk sekuntum pokok bunga matahari.
3. Guru meminta murid-murid menyusun kad imbasan yang mempunyai anggota pokok bunga matahari pada papan putih.
4. Murid-murid menyusun dan menampal kad imbasan anggota badan pokok bunga matahari pada papan putih dengan betul.
BBM
Kad imbasan

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

PN
Kerajinan

MI
Kinestetik dan visual-ruang
Langkah 3
( 15   Minit)

Mewarna gambar pokok bunga matahari







1. Guru menyediakan lembaran kerja mewarna kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid mewarnakan anggota pokok bunga matahari mengikut arahan yang guru berikan.
3. Murid-murid mewarnakan anggota pokok bunga matahari mengikut arahan yang guru berikan.
BBM
Lembaran kerja dan pensel warna

KBAT
Menganalisis dan mengaplikasi

MI
Visual-ruang
Penutup
( 5   Minit)

Menanyakan perasaan dan imbas kembali





1. Guru menanyakan perasaan murid-murid mengenai perkara yang mereka pelajari.
2. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali tentang apa yang mereka telah pelajari.
3. Murid-murid memberitahu guru mengenai perasaan mereka dan mengimbas kembali tentang topik yang dipelajari.
KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik



Refleksi guru             :
Kelebihan: Aktiviti yang dijalankan ini akan meningkatkan lagi pengetahuan muris dalam mengenal dan mengecam setiap anggota tumbuh-tumbuhan serta mengetahui warna tumbuhan dengan betul. Selain itu, aktiviti menyusun kad imbasan agar membentuk pokok bunga matahari akan dapat meningkatkan perkembangan murid dari aspek psikomotor halus.
Kelemahan: Guru hanya menyediakan satu set sahaja kad imbasan anggota pokok bunga matahari. Oleh itu, murid-murid berebut untuk melakukan aktiviti ini.
Penambahbaikan: Guru perlu memastikan alat bantu mengajar yang disediakan mencukupi untuk setiap murid.



KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

SAINS AWAL


SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh- tumbuhan
1
Boleh mengenal nama tumbuhan


2
Boleh mengecam nama anggota tumbuhan


3
Boleh menjalankan penerokaan dan merekod serta menceritakan proses yang berlaku.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.


Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Membandingbeza anggota pokok bunga matahari dengan cara memberitahu guru mengenai nama anggota pokok bunga matahari yang guru tunjukkan dengan betul.
Item 2
Mengenalpasti setiap anggota pokok bunga matahari dengan cara menyusun kad imbasan anggota pokok bunga matahari dengan betul.
Item 3
Mengecam warna anggota tumbuhan dengan mewarna gambar pokok bunga matahari dengan betul.





* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid


Semoga contoh Rancangan Pengajaran Harian ini memberi manfaat kepada para pembaca
sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Sains dan Teknologi (Kenali bahagian anggota pokok bunga matahari)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel