-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Kenali abjad m,n,o,p)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 mengenai tajuk ’Kenali huruf m, n, o dan p’.





Tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini iaitu ’Kenali huruf m, n, o dan p’ merupakan sambungan daripada contoh RPH-RPH yang lalu iaitu mengenai tajuk mengenali abjad-abjad sebelum abjad tajuk contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian ini juga menunjukkan terdapat 4 abjad yang diperkenalkan kepada kanak-kanak/murid-murid iaitu:
1. m
2. n
3. o
4. p
Sebenarnya para guru/pendidik/pelajar praktikal boleh memilih berapa abjad yang ingin digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pembelajaran ana-anak didik masing-masing. Selain itu, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memperkenalkan abjad-abjad ini kepada kanak-kanak/murid-murid.
Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika 2019 (Kenalihuruf m,n,o,p).

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Dedikasi

Tarikh                                      : 29/4/2019 (Isnin)

Masa                                        : 9.30 a.m hingga 10.15 a.m

Bil pelajar                                : 11 Orang

Tajuk                                       : Kenali huruf m, n, o dan p

Tunjang Utama                       : Komunikasi

Fokus                                      : BM 2.0 Kemahiran Membaca

Standard Kandungan              : BM 2.2 Mengenal huruf abjad

Standard Pembelajaran           : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad

Kesepaduan Tunjang              : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran                  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti huruf m, n, o dan p yang telah guru tuliskan pada papan putih dengan betul.
ii. Menampal bintik kumbang pada huruf yang telah ditetapkan pada gambar kumbang secara bersepakat dengan betul.
iii. Menyambung titik-titik huruf m, n, o dan p pada lembaran kerja dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada          :  Menyebut abjad dalam bentuk nyanyian

Bahan Bantu Mengajar           : Papan kumbang, bintik kumbang, gam, lembaran kerja dan kad                                          imbasan

Kemahiran Berfikir (KB)        : Mengaplikasi dan menganalisis

Penerapan Nilai                       : Kejujuran, kerajinan dan kerjasama

Fokus MI                                : Kecerdasan muzik, verbal-linguistik dan visual-ruang





Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5  Minit)

Menyanyikan lagu abc





1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka tentang abjad.
2. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu abc bersama-sama.
PN
Kejujuran

KBAT
Mengaplikasi

MI
Verbal-linguistik dan muzik
Langkah 1
( 10  Minit)

Memperkenalkan huruf m, n, o dan p





1. Guru menulis huruf m, n, o dan p di papan putih.
2. Guru menyebut huruf tersebut satu per satu.
3. Guru meminta murid-murid menyebut huruf tersebut satu per satu.
4. Guru menunjukkan huruf tersebut secara rawak dan meminta murid-murid menyebut huruf tersebut.
KBAT
Menganalisis

PN
Kerajinan

KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik

Langkah 2
(  10  Minit)

Menampal bintik kumbang pada huruf yang telah ditetapkan
1. Guru menyediakan papan yang mempunyai gambar seekor kumbang yang mempunyai susunan huruf m, n, o dan p secara rawak pada bahagian badannya.
2. Guru menyediakan kad imbasan yang mempunyai huruf m, n, o dan p.
3. Guru meminta murid-murid bersepakat memilih huruf tersebut lalu melekatkannya pada gambar kumbang itu.
4. Guru memanggil murid secara sukarela lalu meminta murid menampalkan bintik kumbang bulat pada huruf yang terdapat pada kad imbasan yang telah dipilih tadi pada huruf yang terdapat pada kumbang.

ABM
Papan kumbang, bintik kumbang, gam dan kad imbasan

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan dan kerjasama

MI
Visual-ruang dan verbal-linguistk
Langkah 3
( 10   Minit)

Menyambung titik-titik huruf







1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai huruf m, n, o dan p.
2. Guru menunjukkan cara-cara untuk menulis huruf-huruf tersebut.
3. Guru meminta murid-murid menyambung titik-titik huruf tersebut.
ABM
Lembaran kerja

KBAT
Mengaplikasi

PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
Penutup
( 10   Minit)

Imbas kembali





1. Guru meminta murid-murid memberitahu perkara yang telah dipelajari.
MI
Verbal-linguistik

Refleksi guru   :

Kelebihan: Aktiviti menampal bintik-bintik pada kumbang dapat meningkatkan perkembangan psikomotor halus murid serta dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menumpukan tumpuan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu aktiviti yang telah dijalankan ini dapat meningkatkan perkembangan bahasa dan komunikasi murid dalam aktiviti bersoal jawab tentang huruf yang mereka pelajari.

Kelemahan: Segelintir murid tidak dapat menampal bintik-bintik dengan betul pada badan kumbang. Hal ini menyebabkan bintik-bintik tersebut terjatuh pada lantai.

Penambahbaikan: Guru perlu memastikan murid-murid menampal bintik-bintik tersebut dengan betul.


KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

BAHASA MELAYU

BM 3
BM 2.2 Mengecam dan menyebut abjad
1
Hanya boleh menyebut abjad.


2
Boleh mengecam dan menyebut sebahagian abjad .


3
Boleh mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul.
PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1
FK 1.1 Perkembangan Motor Halus
1
Boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.


2
Boleh melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.


3
Boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.

  
Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Mengenalpasti huruf m, n, o dan p yang telah guru tuliskan pada papan putih dengan betul
Item 2
Menampal bintik kumbang pada huruf yang telah ditetapkan pada gambar kumbang secara bersepakat dengan betul.
Item 3.
Menyambung titik-titik huruf m, n, o dan p pada lembaran kerja dengan betul
1.



* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid

Semoga contoh Rancangan PengajaranHarian ini memberi manfaat kepada para pembaca
sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Kenali abjad m,n,o,p)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel