-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mencipta ulat bulu kertas)


Blog Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 bertunjangkan tunjang Kreativiti dan Estetika yang bertajuk ’Mencipta ulat bulukertas’.



Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini merupakan satu contoh RPH yang bertemakan kesenian. Aspek kesenian merupakan salah satu aspek pendidikan yang wajar dipupuk oleh ibu bapa serta para pendidik kepada kanak-kanak agar melahirkan seseorang kanak-kanak yang berjiwa seni, kreatif serta inovatif dalam penghasilan sesuatu hasil kerja yang dilakukan.
Sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), para pendidik/pelajar praktikal boleh menyediakan satu slot pembelajaran yang bertemakan kesenian agar kanak-kanak dapat menonjolkan bakat mereka dalam melakukan sesuatu hasil kerja seni yang telah dirancang oleh para pendidik sewaktu berada di prasekolah/tadika.
Terdapat pelbagai aktiviti seni yang boleh dijalankan terhadap kanak-kanak sewaktu mereka belajar di prasekolah/tadika dengan menggunakan pelbagai bahan termasuklah bahan kitar semula. Para pendidik boleh menggunakan bahan kitar semula dalam mendidik kanak-kanak melakukan aktiviti seni untuk menjimatkan kos pembelajaran kanak-kanak.
Berikut merupakan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bertajuk ’Menciptaulat bulu kertas’

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 4 Aktif

Tarikh                                    : 5/4/2019 (Jumaat)

Masa                                       : 8 pagi hingga 9 pagi

Bil pelajar                              : 4 Orang

Tajuk                                      : Mencipta ulat bulu kertas

Tunjang Utama                     : Kreativiti dan Estetika

Fokus                                      : 3.0 Seni Visual

Standard Kandungan           : KE 3.4 Menghargai karya seni (Apresiasi Seni)

Standard Pembelajaran       : KE 3.4.1 Menceritakan hasil kerja sendiri

Kesepaduan Tunjang           : 2.3.1 Bertutur dengan yakin

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Memahami fungsi sesuatu bahan untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik.
ii. Membuat ulat bulu dengan menggunakan bahan-bahan yang telah guru sediakan dengan baik
iii. Memberitahu perasaan setelah dapat menyiapkan tugasan yang guru berikan dengan berani


Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengenali ulat bulu

Bahan Bantu Mengajar        : Kertas warna dan gam

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai                     : Kejujuran dan kerajinan

Fokus MI                               : Kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang


Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
( 5 Minit)

Bersoal jawab mengenai topik pembelajaran





1. Guru meminta murid-murid berada di tempat duduk masing-masing.
2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai topik pembelajaran yang ingin dipelajari.
KBAT
Menganalisis

MI
Verbal-linguistik

Langkah 1
( 10  Minit)

Menunjukkan gambar ulat bulu kartun kepada murid-murid





1. Guru menunjukkan gambar ulat bulu kartun kepada murid-murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai apa yang telah mereka lihat.
3. Guru meminta setiap orang murid memberitahu tentang apa yang telah mereka lihat.

ABM
Gambar ulat bulu kartun

KBAT
Menganalisis

PN
Kejujuran

MI
Verbal-linguistik

Langkah 2
( 10 Minit)

Memberitahu tentang topik pembelajaran
1. Guru menunjukkan kertas warna dan gam kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid memberitahu objek-objek yang telah guru tunjukkan tadi.
3. Guru memberitahu murid-murid tentang topik pembelajaran iaitu membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna.
ABM
Kertas warna dan gam

MI
Verbal-linguistik

Langkah 3
(10  Minit)

Menerangkan tentang cara-cara membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna dengan gam







1. Guru menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna dengan gam.
2. Guru menunjukkan contoh cara membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna dan gam kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid melihat cara membuat ulat bulu menggunakan kertas warna tersebut dengan penuh tumpuan.
ABM
Kertas warna dan gam

KBAT
Menilai



Langkah 4
(10  Minit)

Meminta murid-murid membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna dan gam.
1. Guru meminta murid-murid mengambil bahan-bahan untuk membuat ulat bulu tersebut.
2. Guru meminta murid-murid membuat ulat bulu dengan menggunakan kertas warna dan gam.
ABM
Kertas warna dan gam

PN
Kerajinan

KBAT
Mengaplikasi

MI
Visual-ruang

Langkah 5
(10  Minit)

Menyatakan perasaan setelah membuat ulat bulu mereka tersebut.
1. Guru meminta setiap orang murid datang ke hadapan kelas dengan membawa ulat bulu yang telah disiapkan.
2. Guru meminta murid-murid menunjukkan ulat bulu yang telah mereka siapkan dihadapan kelas.
3. Guru meminta setiap orang murid menyatakan perasaan mereka apabila mereka dapat membuat ulat bulu mereka tersebut.
ABM
Kertas warna dan gam

KBAT
Menganalisis

MI
Visual-ruang

Penutup
( 5 Minit)

Membawa pulang hasil kerja





1. Guru meminta murid-murid membawa pulang hasil kerja yang telah mereka siapkan ke rumah





Refleksi Guru            :

Kelebihan: Aktiviti mencipta ulat bulu menggunakan kertas warna dapat meningkatkan kreativiti serta imaginasi murid-murid dalam mencipta sesuatu perkara menggunakan kertas seperti origami ulat bulu. Selain itu aktiviti ini sekaligus dapat meningkatkan psikomotor halus murid-murid kerana aktiviti ini menggunakan pergerakan tangan dan jari murid-murid.

Kelemahan: Origami ulat bulu yang direka ini tidak mempunyai ketahanan yang kukuh kerana iainya hanya diperbuat daripada kertas sahaja.

Penambahbaikan: Guru perlulah menggunakan kertas yang lebih baik dan berkualiti agar dapat digunakan dalam masa yang panjang dalam waktu pembelajaran yang seterusnya.

KOD
KONSTRUK

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

KREATIVITI DAN ESTETIKA

KE 5
KE 3.4  Menghargai karya seni
1
Boleh menghayati hasil kerja sendiri.


2
Boleh menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain dengan bimbingan.


3
Boleh menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain.
KETERAMPILAN DIRI

KD 5
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
1
Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


2
Boleh berinteraksi dengan orang lain.


3
Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.

Standard Prestasi / Pentaksiran


Bil

Nama murid
ITEM / KEMAHIRAN

Item 1
Memahami fungsi sesuatu bahan untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik.

Item 2
Membuat ulat bulu dengan menggunakan bahan-bahan yang telah guru sediakan dengan baik
Item 3
Memberitahu perasaan setelah dapat menyiapkan tugasan yang guru berikan dengan berani
1.




* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid


manfaat kepada para pembaca sekalian.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mencipta ulat bulu kertas)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel