Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengenal huruf a, b, c dan d)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019
bertunjangkan tunjang Komunikasi yang bertajuk ’Mengenal huruf a, b, c dan d’.
Contoh
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada
kali ini merupakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang perlu
dilaksanakan pada peringkat awal dalam waktu persekolahan kanak-kanak.
Bersempena dengan tajuk RPH pada kali ini iaitu ’Mengenal huruf a, b, c dan d’,
ianya merupakan salah satu aspek pembelajaran yang perlu didedahkan kepada
kanak-kanak. Mengenal abjad ataupun huruf ini merupakan suatu perkara yang amat
penting serta dititikberatkan oleh para ibu bapa dan pendidik supaya seseorang
kanak-kanak itu akan tidak menjadi seorang yang buta huruf pada masa hadapan.
Perkara sebegitulah yang amat dibimbangi terutamanya kepada ibu bapa dan
pendidik.
Kita
sebagai pendidik/guru/pelajar praktikal perlu bijak memberi pendidikan kepada
kanak-kanak di awal usia mereka dengan melakukan pelbagai kaedah untuk memantapkan
pengetahuan mereka terhadap huruf ataupun abjad. Pelbagai alat bantu mengajar
(ABM) yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi kaedah mendidik kanak-kanak.
Untuk
contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kali ini, hanya lembaran kerja
merupakan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan pada kali ini. Berikut merupakan
contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 (Mengenal huruf a, b, c dan d).
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Aktif
Tarikh :
8/4/2019 (Isnin)
Masa : 9 pagi
hingga 10 pagi
Bil
pelajar :
4 Orang
Tajuk
:
Mengenal huruf a, b, c dan d
Tunjang
Utama : Komunikasi
Fokus : BM 3.0
Kemahiran Menulis
Standard
Kandungan :
BM 3.2 Menguasai kemahiran menulis
Standard
Pembelajaran : BM 3.2.1 Menulis
huruf kecil dengan cara yang betul
Kesepaduan Tunjang : KD 2.3.1 Bertutur
dengan yakin
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Menulis huruf kecil ’a’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
ii.
Menulis huruf kecil ’b’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
iii.
Menulis huruf kecil ’c’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
iv.
Menulis huruf kecil ’d’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengetahui abjad
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja dan
pensel
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi
Penerapan
Nilai :
Hemah tinggi dan kerajinan
Fokus
MI :
Kecerdasan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 Minit)
|
Menunjukkan video lagu ABC kepada murid-murid
|
1. Guru menunjukkan video
lagu ABC kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
supaya memberi perhatian semasa menonton video tersebut.
|
PN
Hemah tinggi
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Menunjukkan cara yang betul untuk menulis huruf kecil
|
1. Guru menunjukkan dan
memperkenalkan huruf kecil a, b, c dan d di papan putih.
2. Guru menunjukkan cara
yang betul untuk menulis huruf kecil di papan putih.
|
KBAT
Menganalisis
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’a’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’a’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’b’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’b’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 4
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’c’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’c’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 5
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’d’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’d’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Menunjukkan hasil kerja masing-masing
|
1. Guru meminta setiap orang
murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.
|
Refleksi Guru :
Kelebihan:
Aktiviti menulis semula abjad pada lembaran kerja dapat meingkatkan
perkembangan kognitif murid dalam mengingati cara untuk menulis abjad-abjad
yang dipelajari dengan cara yang betul. Selain itu ia juga melatih perkembangan
psikomotor halus murid dalam menulis semula abjad pada lembaran kerja.
Kelemahan:
Penggunaan lembaran kerja sahaja kepada murid-murid menyebabkan murid-murid
menjadi cepat bosan untuk belajar. Hal ini menjadikan suasana pembelajaran
menjadi tidak terkawal.
Penambahbaikan:
Guru perlu mempelbagaikan lagi alat bantu mengajar kepada murid-murid agar
mereka lebih bersemangat untuk belajar.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
BAHASA MELAYU
|
|||
BM 6
|
BM 3.2 Kemahiran
Menulis
|
1
|
Boleh
menulis huruf dengan cara yang betul.
|
2
|
Boleh
menulis perkataan dan frasa.
|
||
3
|
Boleh
menulis ayat mudah dengan kemas.
|
||
KETERAMPILAN DIRI
|
|||
KD 5
|
KD 2.3 Membina
keyakinan untuk berkomunikasi
|
1
|
Boleh berinteraksi dengan orang
tertentu sahaja
|
2
|
Boleh berinteraksi dengan orang
lain.
|
||
3
|
Boleh berinteraksi dan memberi
pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
|||
Item 1
Menulis huruf kecil ’a’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
Item 2
Menulis huruf kecil ’b’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
Item 3
Menulis huruf kecil
’c’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan kelas dengan betul.
|
Item 4
Menulis huruf kecil ’d’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
||
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mengenal huruf a, b, c dan d)"
Post a Comment