Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Hari dalam seminggu)
Tuesday, 30 May 2023
2 Comments
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
bertunjangkan Tunjang Sains dan Teknologi yang bertajuk ’Hari dalam seminggu’.
Sebagaimana
yang kita sedia maklum, kita sebagai orang dewasa secara umumnya sudah mengerti
mengenai peredaran masa yang berlaku dimuka bumi ini seperti kejadian siang dan
malam, mengetahui mengenai konsep masa, bilangan hari dan sebagainya. Oleh yang
demikian, penting terhadap diri kita sebagai orang dewasa, ibu bapa dan pendidik
untuk memberi pendidikan terhadap kanak-kanak iaitu pendedahan mengenai hari
dalam seminggu sebagaimana contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
dipertontonkan pada kali ini.
Sebenarnya,
pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan untuk memudahkan kepada kanak-kanak
untuk memahami konsep hari dalam seminggu ini. Namun, pada contoh Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini yang bertajuk ’Hari dalam seminggu’,
pendidik hanya menggunakan kad imbasan sahaja. Namun, mungkin pada sesi
pengajaran yang akan datang, pendidik akan menggunakan pelbagai kaedah yang
kreatif lagi untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai topik ini.
Berikut
merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terkini 2019 yang bertajuk ’Haridalam seminggu’.
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Aktif
Tarikh :
8/4/2019 (Isnin)
Masa : 9 pagi
hingga 10 pagi
Bil
pelajar :
4 Orang
Tajuk
:
Hari dalam seminggu
Tunjang
Utama : Sains dan
teknologi
Fokus : SA 5.0
Menyiasat Alam Fizikal
Standard
Kandungan :
MA 5.1 Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian
Standard
Pembelajaran : MA 5.1.3 Menyatakan
hari dalam seminggu mengikut urutan
Kesepaduan Tunjang : BM 1.2.1 Mendengar dan
memberi respons terhadap cerita yang didengar
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Menyebut nama hari-hari dalam seminggu berdasarkan kad imbasan yang guru
tunjukkan dengan betul.
ii.
Mengetahui hari-hari yang terdapat dalam seminggu dengan tepat.
iii.
Menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan dalam seminggu dengan betul
Pengetahuan
Sedia Ada : Tahu terdapat 7 hari
dalam seminggu
Bahan Bantu Mengajar : Kad imbasan
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis
Penerapan
Nilai :
Hemah tinggi dan kerajinan
Fokus
MI :
Kecerdasan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 10 Minit)
|
Menunjukkan video
|
1. Guru menunjukkan video ’ Nama 7 Hari Dalam Seminggu’
kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
supaya fokus semasa menonton video tersebut.
|
PN
Hemah tinggi
|
Langkah 1
(10 Minit)
|
Memberitahu nama hari-hari dalam seminggu kepada murid
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan ’Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu’ kepada
murid-murid.
2. Guru memberitahu nama
hari-hari dalam seminggu kepada murid satu persatu.
3. Guru meminta murid-murid
supaya mendengar baik tentang perkara yang guru sampaikan.
3. Guru meminta murid-murid
menyebut nama hari-hari dalam seminggu tersebut dengan betul.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Menyebut hari ’Ahad, Isnin dan Selasa.
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan ’Ahad, Isnin dan Selasa’ kepada murid-murid secara satu persatu.
2. Guru meminta murid-murid
menyebut nama hari-hari tersebut secara satu per satu.
3. Guru meminta setiap orang
murid berdiri lalu menyebut nama hari-hari tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menyebut hari ’Rabu dan Khamis’
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan ’Rabu dan Khamis’ kepada murid-murid secara satu persatu
2. Guru meminta murid-murid menyebut
nama hari-hari tersebut secara satu per satu.
3. Guru meminta setiap orang
murid berdiri lalu menyebut nama hari-hari tersebut
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 4
( 10 Minit)
|
Menyebut hari ’Jumaat dan Sabtu’
|
1. 1. Guru menunjukkan kad
imbasan ’Jumaat dan Sabtu’ kepada murid-murid secara satu persatu.
2. Guru meminta murid-murid
menyebut nama hari-hari tersebut secara satu per satu.
3. Guru meminta setiap orang
murid berdiri lalu menyebut nama hari-hari tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 5
( 5 Minit)
|
Bercerita tentang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari dalam
seminggu
|
1. Guru bercerita kepada
murid-murid tentang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari dalam
seminggu.
2. Guru meminta setiap orang
murid menceritakan aktiviti yang mereka lakukan setiap hari.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Mengimbas kembali tentang apa yang dipelajari
|
1. Guru meminta murid
mengimbas kembali tentang apa yang mereka pelajari.
|
KBAT
Menganalisis
|
Refleksi Guru
:
Kelebihan:
Menunjukkan video pembelajaran pada awal pembelajaran murid dilihat dapat
meningkat murid-murid dalam meneruskan pembelajaran mereka. Selain itu iainya
menjadikan murid-murid berasa lebih ingin tahu terhadap pembelajaran mereka.
Kelemahan:
Penggunaan kad imbasan mengenai hari dalam seminggu didapati tidak dapat
menarik perhatian murid dengan baik kerana segelintir daripada murid-murid
tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Penambahbaikan:
Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih bagus agar menarik minat
murid-murid dalam pembelajaran.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
MATEMATIK AWAL
|
|||
MA 12
|
MA 5.1 Pemahaman
waktu dalam dalam kehidupan seharian
|
1
|
Boleh menyatakan waktu dalam
sehari.
|
2
|
Boleh menyusun peristiwa mengikut
urutan masa.
|
||
3
|
Boleh menghubungkaitkan waktu
dengan peristiwa dalam kehidupan harian.
|
||
BAHASA MELAYU
|
|||
BM 1
|
BM 1.2 Kemahiran mendengar dan bertutur
|
1
|
Boleh mendengar tetapi tidak memberi
respons.
|
2
|
Boleh mendengar dan memberi respons.
|
||
3
|
Boleh mendengar, memahami dan memberi
pelbagai respons dengan bertatasusila.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Menyebut nama hari-hari dalam seminggu berdasarkan kad imbasan yang
guru tunjukkan dengan betul.
|
Item 2
Mengetahui hari-hari yang terdapat dalam seminggu dengan tepat
|
Item 3
Menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan dalam seminggu dengan
betul
|
||
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) pada kali ini memberi manfaat kepada
para pembaca sekalian.
Bagaimana saya nk dptkan RPH ya
ReplyDeleteSaya berminat?
RPH terkini
ReplyDelete