Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mari menulis huruf A, B, C dan D)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019
pada kali akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
terkini bertunjangkan tunjang komunikasi yang bertajuk ’Mari menulis huruf A,B, C dan D’
Sebagaimana
yang kita tahu, amalan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira merupakan suatu
perkara penting yang patut dikuasai oleh kanak-kanak pada awal usia mereka.
Namun pada topik kali ini, kita akan memfokuskan salah satu M iaitu Menulis.
Kemahiran
menulis dianggap sebagai salah satu kemahiran yang agak mencabar pada diri
seseorang murid itu apabila murid tersebut baru sahaja ingin belajar memegang
pensil. Oleh yang demikian, para pendidik atau pelajar praktikal perlu mendidik
mereka terlebih dahulu mengenai teknik-teknik memegang pensil dengan betul agar
murid-murid dapat menulis dengan baik. Apabila murid-murid sudah dapat dapat
memegang pensil dengan betul, mereka akan dapat dapat menulis huruf-huruf
dengan betul dan kemas.
Pada
contoh RPH kali ini, pada peringkat permulaan, pendidik hanya menggunakan
lembaran kerja dan pensil untuk mendedahkan kepada kanak-kanak untuk menulis
huruf A, B, C dan D dengan betul.
Berikut
merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 yang bertajuk ’Marimenulis huruf A, B, C dan D’
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Aktif
Tarikh :
10/4/2019 (Rabu)
Masa : 9 pagi hingga 10 pagi
Bil
pelajar :
4 Orang
Tajuk
:
Mari menulis huruf A, B, C dan D
Tunjang
Utama : Komunikasi
Fokus : BM 3.0
Kemahiran Menulis
Standard
Kandungan :
BM 3.2 Menguasai kemahiran menulis
Standard
Pembelajaran : BM 3.2.2 Menulis
huruf besar dengan cara yang betul
Kesepaduan Tunjang : KE 1.1.3 Menyanyikan
lagu mengikut melodi
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Menulis huruf besar ’A’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
ii.
Menulis huruf besar’B’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
iii.
Menulis huruf besar’C’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
iv.
Menulis huruf besar’D’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di hadapan
kelas dengan betul.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengetahui abjad
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, pensel
dan komputer riba
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi
Penerapan
Nilai :
Hemah tinggi dan kerajinan
Fokus
MI :
Kecerdasan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 Minit)
|
Menunjukkan video lagu ABC kepada murid-murid
|
1. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid tentang apa yang ingin dipelajari.
2. Guru menunjukkan video
lagu ABC kepada murid-murid.
|
PN
Hemah tinggi
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Menunjukkan cara yang betul untuk menulis huruf kecil
|
1. Guru menunjukkan dan
memperkenalkan huruf besar A, B, C dan D di papan putih.
2. Guru menunjukkan cara
yang betul untuk menulis huruf besar di papan putih.
|
KBAT
Menganalisis
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’A’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’A’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’B’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’B’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 4
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’C’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid menulis
huruf ’C’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 5
( 10 Minit)
|
Menulis huruf ’D’
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja kepada murid-murid
2. Guru meminta murid-murid
menulis huruf ’D’ pada lembaran kerja.
3. Guru membuat pemerhatian
ke atas hasil kerja murid-murid.
|
ABM
Lembaran kerja
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Menunjukkan hasil kerja masing-masing
|
1. Guru meminta setiap orang
murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.
|
Refleksi Guru :
Kelebihan: Aktiviti menulis huruf di papan putih
yang dilakukan oleh murid-murid dapat meningkatkan perkembangan psikomotor
halus murid-murid serta meningkatkan ingatan murid dalam mengingati abjad yang
dipelajari.
Kelemahan: Aktiviti yang dilakukan ini tidak
dapat melatih murid-murid menulis dengan cara yang betul kerana murid-murid
perlu berdiri untuk menulis abjad di papan putih.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan strategi
pembelajaran yang lebih baik agar murid dapat menulis dalam keadaan yang betul.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
BAHASA MELAYU
|
|||
BM 6
|
BM 3.2 Kemahiran
Menulis
|
1
|
Boleh
menulis huruf dengan cara yang betul.
|
2
|
Boleh
menulis perkataan dan frasa.
|
||
3
|
Boleh
menulis ayat mudah dengan kemas.
|
||
KETERAMPILAN DIRI
|
|||
KD 5
|
KD 2.3 Membina
keyakinan untuk berkomunikasi
|
1
|
Boleh berinteraksi dengan orang
tertentu sahaja
|
2
|
Boleh berinteraksi dengan orang
lain.
|
||
3
|
Boleh berinteraksi dan memberi
pendapat dengan yakin dalam pelbagai situasi.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
|||
Item 1
Menulis huruf besar ’A’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
Item 2
Menulis huruf besar ’B’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
Item 3
Menulis huruf besar’C’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
Item 4
Menulis huruf besar’D’ berpandukan cara yang telah guru tunjukkan di
hadapan kelas dengan betul.
|
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) terkini 2019 pada kali ini akan memberi
manfaat kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Mari menulis huruf A, B, C dan D)"
Post a Comment