Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Ruang dalam rumah)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali
ini akan menunjukkan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
bertunjangkan tunjang Komunikasi yang bertajuk ’Ruang dalam rumah’.
Untuk
pengetahuan para pembaca sekalian, pada contoh Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang lalu, tajuk contoh RPH tersebut adalah sama sahaja tajuk contoh RPH
pada kali ini namun ianya berbeza hanya dari segi bahasa sahaja. Pada contoh
RPH yang lepas, ianya merupakan contoh RPH yang boleh digunakan dalam slot
pembelajaran Bahasa Inggeris. Untuk contoh RPH kali ini pula, para pendidik
ataupun pelajar praktikal boleh menggunakan RPH ini dalam slot matapelajaran
Bahasa Melayu.
Pada
contoh RPH yang lepas, murid-murid diperkenalkan mengenai ruang-ruang yang
terdapat dalam kawasan rumah dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian, untuk RPH kali ini, para pendidik ataupun pelajar praktikal boleh
memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai ruang-ruang yang ada di dalam rumah
menggunakan Bahasa Melayu. Hal ini boleh meningkatkan kefahaman serta
pengetahuan kanak-kanak dalam menggunakan dua bahasa yang berbeza.
Berikut
merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (Ruang dalam rumah).
Rancangan
Pengajaran Harian
Kelas :
4 Aktif
Tarikh :
9/4/2019 (Selasa)
Masa : 10 pagi
hingga 11 pagi
Bil
pelajar :
4 Orang
Tajuk
:
Ruang dalam rumah
Tunjang
Utama : Komunikasi
Fokus :
BM
1.0 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Standard
Kandungan :
BM 1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah
Standard
Pembelajaran : BM 1.4.2 Berinteraksi
menggunakan ayat mudah untuk menyatakan permintaan
Kesepaduan Tunjang : PI 5.1 Mengaplikasikan
adap dalam kehidupan
Hasil
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i.
Mengenal pasti setiap ruang dan bilik yang terdapat dalam rumah dengan betul.
ii.
Memberitahu permintaan sekiranya ingin memasuki setiap ruang dan bilik yang
terdapat dalam rumah dengan betul.
iii.
Mengetahui adap-adap sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara di dalam setiap
ruang rumah dengan baik.
Pengetahuan
Sedia Ada : Mengetahui setiap
ruang dalam rumah
Bahan Bantu Mengajar : komputer riba dan kad
imbasan
Kemahiran Berfikir (KB) : Mengaplikasi dan menganalisis
Penerapan
Nilai :
Kejujuran dan hemah tinggi
Fokus
MI :
Visual-ruang dan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 Minit)
|
Menunjukkan gambar sebuah rumah
|
1. Guru menunjukkan gambar
sebuah rumah kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu apa yang terdapat didalam rumah.
|
PN
Kejujuran
ABM
Komputer riba
MI
Visual-ruang
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Menunjukkan gambar sebuah bilik tidur
|
1. Guru menunjukkan gambar
sebuah bilik tidur kepada murid-murid.
2. Guru meminta setiap orang
murid berdiri lalu memberitahu objek yang terdapat dalam bilik tidur itu.
|
MI
Visual-ruang,
verbal-linguistik
ABM
Komputer riba
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Memberitahu cara yang betul untuk membuat permintaan sekiranya ingin
masuk tidur
|
1. Guru memberitahu cara
yang betul untuk membuat permintaan sekiranya ingin masuk tidur.
2. Guru meminta setiap orang
murid memberitahu cara mereka membuat permintaan sekiranya ingin masuk tidur.
|
KBAT
Mengaplikasi
PN
Hemah tinggi
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Memberitahu objek yang terdapat dalam ruang makan, bilik mandi dan
ruang tamu
|
1. Guru menunjukkan gambar
di ruang makan, bilik mandi dan ruang tamu.
2. Guru meminta setiap orang
murid berdiri lalu memberitahu objek yang terdapat dalam ruang dan bilik
tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
MI
Visual-ruang,
verbal-linguistik
|
Langkah 4
( 10 Minit)
|
Menunjukkan cara yang betul untuk membuat permintaan ketika berada di ruang
makan, bilik mandi dan ruang tamu.
|
1. Guru menunjukkan cara
yang betul untuk membuat permintaan sekiranya berada di ruang makan, bilik
mandi dan ruang tamu.
2. Guru meminta setiap orang
murid memberitahu cara mereka membuat permintaan sekiranya berada di ruang
makan, bilik mandi dan ruang tamu.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Mengaplikasi
PN
Hemah tinggi
MI
Visual-ruang
|
Langkah 5
( 10 Minit)
|
Mewana gambar ruang makan,ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi
|
1. Guru memberikan lembaran
kerja mewarna kepada murid-murid yang mempunyai gambar ruang makan,ruang
tamu, bilik tidur dan bilik mandi.
2. Guru meminta murid-murid
mewana gambar ruang makan,ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi.
|
ABM
Lembaran kerja
MI
Visual-ruang
|
Penutup
( 5 Minit)
|
Memberitahu adap yang betul
|
1. Guru meminta murid-murid
memberitahu adap yang betul jika ingin memasuki setiap ruang yang terdapat
dalam rumah.
|
MI
Verbal-linguistik,
visual-ruang
|
Refleksi Guru :
Kelebihan:
Gambar-gambar ruang yang terdapat dalam rumah menyebabkan murid-murid lebih
tertarik untuk belajar di samping ianya dapat meningkatkan perkembangan bahasa
murid semasa memberitahu ruang-ruang yang terdapat dalam rumah.
Kelemahan:
Kad imbasan yang digunakan tidak tahan lama dan tidak begitu kukuh.
Penambahbaikan:
Guru perlu menggunakan bahan yang lebih kukuh.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
BAHASA MELAYU
|
|||
BM 2
|
BM 1.4
Berinteraksi
menggunakan ayat mudah
|
1
|
Boleh berinteraksi
tanpa menggunakan struktur ayat yang lengkap.
|
2
|
Boleh berinteraksi
menggunakan ayat yang sesuai.
|
||
3
|
Boleh berinteraksi
mengikut situasi dengan menggunakan ayat yang sesuai dan sopan.
|
||
PENDIDIKAN ISLAM
|
|||
PI 11
|
PI 5.1 Mengamalkan
doa dalam kehidupan harian
|
1
|
Boleh melafazkan basmalah dan
hamdalah dalam amalan harian.
|
2
|
Boleh melafazkan doa dalam amalan
harian..
|
||
3
|
Boleh mengamalkan basmalah,
hamdalah dan doa dalam kehidupan harian dengan betul.
|
Standard Prestasi /
Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM /
KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenal
pasti setiap ruang dan bilik yang terdapat dalam rumah dengan betul
|
Item 2
Memberitahu
permintaan sekiranya ingin memasuki setiap ruang dan bilik yang terdapat
dalam rumah dengan betul.
|
Item 3
Mengetahui
adap-adap sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara di dalam setiap ruang
rumah dengan baik
|
||
1
|
* Nyatakan skala
yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019 (Ruang dalam rumah)"
Post a Comment