Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Kenali F dan G)
Tuesday, 30 May 2023
Add Comment
Blog
Rancangan Pengajaran Harian untuk
Prasekolah dan Tadika terkini 2019 pada kali ini akan memberikan satu contoh
Rancangan Pengajaran Harian terkini 2019 untuk guru/pendidik di prasekolah
mahupun tadika untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali
ini, blog Rancangan Pengajaran Harian
untuk Prasekolah dan Tadika terkini 2019 akan meneruskan contoh RPH mengenai
abjad.
Contoh
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kali ini bertajuk ’Mengenal abjad F dan G’.
Pengajaran ini merupakan pengajaran mengenai mendidik kanak-kanak/murid
mengenai huruf besar iaitu huruf F dan huruf G. Contoh RPH ini juga merupakan
sambungan kepada contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lalu.
Para
guru/pendidik perlulah memulakan pengajaran abjad bermula dengan huruf A
kemudian barulah boleh diikuti oleh abjad-abjad seterusnya. Hal ini supaya kanak-kanak/murid-murid
lebih memahami tentang perkara yang dipelajari.
Contoh
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bertajuk ’Mengenal abjad F dan G’ adalah
seperti berikut:
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas :
4 Orked
Tarikh : 17/4/2019 (Rabu)
Masa :
9.30 a.m hingga 10.15 a.m
Bil pelajar :
11 Orang
Tajuk :
Mengenal abjad F dan G
Tunjang Utama :
Komunikasi
Fokus :
BM 2.0 Kemahiran Membaca
Standard Kandungan : BM 2.2 Mengenal
huruf abjad
Standard Pembelajaran : BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
Kesepaduan
Tunjang : FK 1.1.1
Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat:-
i.
Mengenalpasti huruf F dan G berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan dengan
betul.
ii.
Membentukkan doh buatan menjadi bentuk F dan G dengan betul.
iii.
Memberitahu gambar objek yang terdapat pada kad imbasan dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Menyebut huruf a hingga z dalam nyanyian
Bahan
Bantu Mengajar : Pembesar suara,
kad imbasan, doh buatan, isi doh dan lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir (KB) : Menganalisis dan
mengaplikasi
Penerapan Nilai :
Kejujuran dan kerajinan
Fokus MI :
Kecerdasan muzik, visual-ruang dan verbal-linguistik
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 Minit)
|
Memasang audio lagu abjad
|
1. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap abjad.
2. Guru memasang audio
mengenai lagu abjad.
3. Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
|
ABM
Pembesar suara
PN
Kejujuran
KBAT
Menganalisis
MI
Muzik, verbal-linguistik
|
Langkah 1
( 10 Minit)
|
Memberitahu huruf yang terdapat pada kad imbasan
|
1. Guru menunjukkad kad
imbasan yang mempunyai huruf F dan G kepada murid-murid.
2. Guru memberitahu cara
membunyikan huruf tersebut dengan betul.
3. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai huruf tersebut.
4. Guru meminta murid-murid
memberitahu nama huruf-huruf tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Menganalisis
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Langkah 2
( 10 Minit)
|
Membentuk huruf menggunakan doh buatan
|
1. Guru menyediakan doh
buatan kepada murid-murid.
2. Guru menyediakan bekas
pengisi doh kepada murid-murid.
3. Guru meminta murid-murid
membentukkan doh tersebut menjadi huruf F dan G di atas kertas.
|
ABM
Doh buatan
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Visual-ruang
|
Langkah 3
( 10 Minit)
|
Memberitahu gambar objek yang dilihat
|
1. Guru menunjukkan kad
imbasan F dan G yang mempunyai gambar objek yang berkaitan dengan huruf-huruf
tersebut.
2. Guru meminta murid-murid
memberitahu gambar apakah yang mereka lihat pada kad imbasan tersebut.
|
ABM
Kad imbasan
KBAT
Mengaplikasi
MI
Verbal-linguistik
|
Penutup
( 10 Minit)
|
Menyambung titik-titik abjad
|
1. Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai F dan G
2. Guru meminta murid-murid
menyambung titik-titik huruf tersebut.
|
KBAT
Mengaplikasi
PN
Kerajinan
MI
Verbal-linguistik
|
Refleksi guru :
Kelebihan: Penggunaan doh buatan dilihat amat
menarik minat murid-murid untuk melakukan aktiviti membentuk huruf F dan G
dengan menggunakan doh buatan pada kertas. Selain itu, aktiviti sebegini mampu
meningkatkan perkembangan murid dari segi perkembangan psikomotor halus serta
meningkatkan keupayaan mata-tangan murid-murid.
Kelemahan: Murid-murid dilihat berebut-rebut
untuk membentuk doh buatan dengan menggunakan bekas mengisi huruf doh buatan
itu. Hal ini kerana guru hanya mempunyai satu sahaja alat tersebut untuk
digunakan dalam kelas.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan peralatan
yang mencukupi agar murid-murid tidak berebut untuk melaksanakan aktiviti
dirancang.
KOD
|
KONSTRUK
|
STANDARD PRESTASI
|
|
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
|
||
BAHASA
MELAYU
|
|||
BM 3
|
BM 2.2
Mengecam dan menyebut abjad
|
1
|
Hanya
boleh menyebut abjad.
|
2
|
Boleh
mengecam dan menyebut sebahagian abjad .
|
||
3
|
Boleh
mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul.
|
||
PERKEMBANGAN
FIZIKAL
|
|||
FK 1
|
FK 1.1
Perkembangan Motor Halus
|
1
|
Boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus.
|
2
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus menggunakan alatan dengan cara yang betul.
|
||
3
|
Boleh
melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan pelbagai aktiviti yang lebih
kompleks
|
Standard Prestasi / Pentaksiran
Bil
|
Nama murid
|
ITEM / KEMAHIRAN
|
||
Item 1
Mengenalpasti huruf F dan G berdasarkan kad imbasan yang
ditunjukkan dengan betul
|
Item 2
Membentukkan doh buatan menjadi bentuk huruf F dan G dengan
betul
|
Item 3
Memberitahu gambar objek yang terdapat pada kad imbasan dengan betul
|
||
1.
|
* Nyatakan
skala yang bersesuaian dengan murid
Semoga contoh Rancangan PengajaranHarian ini memberi manfaat kepada para pembaca
semua.
0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Prasekolah/Tadika terkini 2019-Tunjang Komunikasi(Kenali F dan G)"
Post a Comment