-->

Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Tadika/Prasekolah ( Kenali bentuk asas)



Rancangan Pengajaran Harian

 

Kelas                                       : 4 Dedikasi

 

Tarikh                                    : 8/4/2019 (Isnin)

 

Masa                                       : 9.30 am hingga 10.15 am

 

Bil pelajar                              : 11 Orang

 

Tajuk                                      : Kenali bentuk asas

 

Tunjang Utama                     : Komunikasi

 

Fokus                                      : 2.0 Kemahiran membaca

 

Standard Kandungan           : BM 2.1 Menguasai kemahiran prabaca

 

Standard Pembelajaran       : BM 2.1.1 Menyatakan lambang dan cetakan yang                                                            membawa makna tertentu

 

Kesepaduan Tunjang           : MA 6.2.1 Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan

 

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

 

i. Memberitahu semula nama bentuk-bentuk yang telah guru tunjukkan di hadapan kelas dengan betul.

 

ii. Melukis bentuk-bentuk berdasarkan gambar yang telah guru lukiskan di hadapan kelas dengan betul.

 

iii. Mewarnakan gambar yang terdapat pada lembaran kerja dengan penuh semangat.

 

 

Pengetahuan Sedia Ada       :  Mengenal bentuk asas

 

Bahan Bantu Mengajar        : Lembaran kerja

 

Kemahiran Berfikir (KB)    : Menganalisis dan mengaplikasi

 

Penerapan Nilai                     : Kerjasama, keberanian dan kerajianan

 

Fokus MI                               : Kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang

 

 

 

 

 

Masa / Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Set Induksi

( 10  Minit)

 

Melihat bentuk yang berada di dalam persekitaran kelas

 

 

 

 

 

1. Guru meminta murid-murid melihat bentuk yang berada di dalam persekitaran kelas.

2. Guru meminta murid-murid menunjukkan bentuk yang mereka jumpai didalam kelas.

PN

Kerjasama

 

KBAT

Menganalisis

 

MI

Visual-ruang

Langkah 1

( 10 Minit)

 

Memperkenalkan nama dan bentuk

 

 

 

 

 

1. Guru melukiskan bentuk-bentuk segitiga, bulatan, segi empat sama dan segi empat tepat di papan putih.

2. Guru menjelaskan nama dan maksud bentuk-bentuk tersebut.

3. Guru meminta murid-murid menyebut semula nama bentuk-bentuk tersebut dengan betul.

KBAT

Menganalisis

 

PN

Keberanian

 

MI

Visual-ruang, verbal-linguistik

Langkah 2

(  10  Minit)

 

Melengkapkan bentuk

1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar surih berbentuk segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan bulatan.

2. Guru menunjukkan contoh membuat bentuk berbentuk segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan bulatan di hadapan kelas.

3. Guru meminta setiap orang murid melengkapkan bentuk itu dengan menggunakan pencil dengan betul.

 

ABM

Lembaran kerja

 

KBAT

 Mengaplikasi

 

PN

Kerajinan

 

MI

Visual-ruang

Langkah 3

( 10   Minit)

 

Mewarna bentuk robot

 

 

 

 

 

 

 

1. Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar robot yang terdiri dari pelbagai bentuk.

2. Guru meminta murid-murid mewarnakan bentuk itu dengan baik.

ABM

Lembaran kerja

 

KBAT

Mengaplikasi

PN

Kerajinan

 

MI

Visual-ruang

 

Penutup

(  5  Minit)

 

Imbas kembali bentuk yang dipelajari

 

 

 

1. Guru meminta murid-murid memberitahu semula bentuk-bentuk yang telah dipelajari.

KBAT

Menganalisis

 

PN

Kerjasama

 

Refleksi Guru :

 

Kelebihan: Dapat menarik minat murid terutamanya semasa menjalankan langkah 3 iaitu mewarnakan bentuk yang terdapat pada lembaran kerja yang mempunyai bentuk robot. Selain itu, untuk langkah kedua, murid-murid dilihat dapat melukiskan keempat-empat bentuk di ajar dengan baik. Hal ini demikian kerana murid-murid hanya perlu menyambungkan sahaja titik pada setiap bentuk yang terdapat pada lembaran kerja tersebut.

 

Kelemahan : Semasa memberikan lembaran kerja kepada murid-murid pada langkah ketiga, murid-murid telahpun mewarna bentuk tersebut terlebih dahulu sebelum mendengar arahan daripada guru. Hal ini menyebabkan guru tidak dapat menjalankan pengajaran dengan baik.

 

Penambahbaikan: Guru perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang terancang dan harmoni.


0 Response to "Contoh Rancangan Pengajaran Harian untuk Tadika/Prasekolah ( Kenali bentuk asas)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel