-->

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca semuanya. Menerusi blog ini, saya akan mengupaskan serba sedikit mengenai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk para pendidik dan guru Prasekolah dan Tadika yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran anda. Blog ini juga berguna untuk para pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta para pelajar praktikal Pendidikan Awal Kanak-Kanak.



Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam membina RPH ini antaranya:

  1. Latar belakang kanak-kanak.
  2. Aras kebolehan kanak-kanak.
  3. Keperluan dan minat kanak-kanak.
  4. Suasana dan kemudahan bilik darjah.
Terdapat beberapa tujuan yang perlu diketahui dalam membina RPH iaitu:
  1. Membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak diajar
  2. Tidak terkeluar dari fokus sebenar isi pelajaran
  3. Panduan untuk guru memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan
  4. Penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai
  5. Membantu guru lebih yakin ketika mengajar
  6. Membantu guru mengajar dengan lebih sistematik, lancar dan menyeronokkan
  7. Digunakan sebagai panduan untuk mengajar bagi guru pengganti 
Format penulisan RPH:
  • TEMA-Isu kehidupan seharian kanak-kanak (eg: Diri Saya, Alam Bahan, Alam Hidupan, Alam Sekitar, Alam Fizikal, Dunia Teknologi, Negara Saya)
  • SUBTEMA- Pecahan topik-topik yang ada terdapat dalam tema (eg: Perihal diri saya, Keluarga saya, Keselamatan diri dll)
  • UMUR- Umur kanak-kanak yang akan diajar
  • BILANGAN MURID- Jumlah kanak-kanak yang akan diajar
  • TARIKH- Tarikh bila aktiviti akan dijalankan
  • MASA- Waktu aktiviti
  • AKTIVITI- Tajuk aktiviti (eg: ‘Bolehkah magnet menarik apa sahaja’)
  • TUNJANG UTAMA- Tunjang pembelajaran yang terdapat dalam KSPK (eg: Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dll)
  • FOKUS- Fokus yang terdapat dalam tunjang.
  • STANDARD KANDUNGAN- Standard kandungan yang digunakan dan diberi penekanan utama
  • STANDARD PEMBELAJARAN- Pilih daripada pecahan yang terdapat dalam standard pembelajaran
  • STANDARD PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN- Standard pembelajaran yang boleh digabung jalin dalam aktiviti
  • OBJEKTIF- Isi pengajaran yang hendak kanak-kanak dapat di akhir aktiviti (eg: ‘Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat …’
  • ALAT BANTU MENGAJAR- Alatan/Video/Muzik yang digunakan 
  • SET INDUKSI- Permulaan aktiviti. Dilakukan untuk menimbulkan minat kanak-kanak dan memusatkan perhatian mereka. Peruntukan masa adalah dalam lingkungan 5 minit
  • LANGKAH- Pada bahagian ini guru akan menjalankan aktiviti PnP. Perlu arif dalam menyusun aktiviti dan merancang penggunaan ABM yang sesuai
  • PENUTUP- Rumusan pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak akan menyusun dan menyatukan semua pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
  • REFLEKSI- Guru menilai semula kekuatan dan kelemahan PnP. Penambahbaikan akan digunakan untuk PnP seterusnya.
  • LAMPIRAN- Gambar ABM yang digunakan, termasuklah bahan, thumbnail serta link dari internet, hasil kraf, lembaran kerja
Semoga info ini dapat membantu semua pendidik di luar sana. Terima kasih

0 Response to "Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel